Wednesday, January 26, 2011

SYURGA DI MATA MU

SYURGA DI MATA MU


Ya kasih.
Adakah ini yang kau mahu,
Syurga duniawi yang melekakan,
Nikmat diri jmu yang sementara,
yang penuh dosa dan noda........

Ya kasih,
Inikah yang kau panggil,
Syurga nikmat mu,
Syurga di mana kau,
Bergelumang dosa nan hina......

Ya kasih,
Apakah yang kau lakukan,
Memberi ketenangan,
Menari di bawah lampu berkelip,
Diselebungi zina dan khayalan.....

Ya kasih,
Adakah kau gembira,
Dalam pelukan nafsu,
Sesama kamu yang bukan muhrim,
Lantas kenapa kamu menangis......

Ya kasih,
Dimanakah terletaknya syurga mu,
Adakah kau menjaga amanah mu,
Bagaimana pula dengan orang tua mu,
Sedangkan syurga dibawah kaki ibu mu......

Ya kasih,
Sepertinya kau puas,
Dengan kekayaan dan kebendaan,
Yang kau perolehi dari bumi ini,
Sedarkah syurga yang kau rasa pemberianNYA.......

Ya kasih,
Jika maksiat itu syurga,
Kenapa kau tangisi diri mu,
Hanya selepas kau terima akibatnya,
Lantas kenapa kau bunuh jiwa si kecil.......

Ya kasih,
Tahukah kau akan sesuatu,
Syurga dunia itu jalan ke neraka jahanan,
Dan ibadah dan amalan jalan ke syurga hakiki,
Sedarkah kau kasih, insan bergelar manusia........

Ya kasih,
Ketahuilah bahawa di mata mu,
Bukan syurga yang kau cari,
Ia hanya permainan syaitan,
Menyesatkan hati kamu yang bergelar insan.......

Ya kasih,
Sedarlah kamu dari mimpi,
Bukakan mata kamu seluas luasnya,
Agar kau lihat bayangan syurga,
Yang tak tergambar keindahannya........

tajuk: SYURGA DI MATA MU
penulis: PUTERA KATAK





Tuesday, January 25, 2011

TIDURLAH KASIH

TIDURLAH KASIH


Tidurlah kasih,


Tidur lena,
Mari ku dendang sebuah lagu,
Biar mata mu lelap terlena,
Dan bermimpi......

Janganlah risau,
Jangan gusar duhai sayang,
Ku disini kan menemani,
Setiap saat,
Setiap waktu disisi mu......

Biarkan aku,
Menemani mu,
Dalam dakap ku,
Sampai pagi........

Bila bermimpi,
Mimpikan aku dalam lena mu,
Agar nanti kau tersenyum,
Pabila ku menatap mu......

Tidurlah kasih,
Buangkan duka dan penat mu,
Yang telah kau lalui semalam......

Tidurlah kasih,
Tidur lena,
Lelapkan mata hingga pagi,
Nanti Kau bangun,
Kau kan lihat akan aku disisi mu......

Tidurlah kasih.......

lirik lagu: TIDURLAH KASIH
penulis: PUTERA KATAK

ilham: TUNGGU SEKEJAP; P RAMLEE




KEPADA ADAM YANG BERGELAR SUAMI

KEPADA ADAM YANG BERGELAR SUAMI 
 
Wahai adam, apabila engkau mengahwini hawa maka ketahuilah kau sedang menjaga amanah ALLAH, sebagai suami ,apakah yang patut kau lakukan untuk keluarga mu, adakah kau jaga batasan aurat isteri mu semasa keluar dari rumah mu, apa yang kau berikan pada isteri dan anak anak mu, adakah hanya harta dan kasih sayang, tidakkah kau membimbing mereka dalam agama, mahupun mengajar mereka tentang islam dan larangannya.

Wahai adam ,kau selalu leka mencari kemewahan dan kesempurnaan untuk hidup mu dan kesejahteraan keluarga mu, tanpa kau sedari yang kau terlepas pandang akan DIA.

Dan bagi kau adam ,ideologi barat dan duniawi amat sempurna, kau menunjukkan kecantikan isteri mu pada para sahabat mu, padahal ia salah, sedarkah kau,aurat isteri mu hanya boleh diperlihat kepada kamu dan keluarga mu namun masih ada batasnya.

Wahai adam,harta mu melimpah ruah bagai tak habis di makan,rumah mu cukup besar,dan dihiasi kereta mewah dan kolam renang, isteri mu dihiasi intan berlian dan emas, nama mu menjadi hangat di persada dunia, namun adakah nama mu begitu hebat di pandangan ALLAH, mahupun berada di tempat terbawah di pandanganNYA.

Tahukah kamu adam, yang kamu telah jauh dari haluan mu yang sebenar, dan hidup mu bukan lagi cara islam tapi cara kamu sendiri,

Sedarlah wahai adam,kau masih belum terlambat, seimbangkan kebali duniawi dan akhirat mu, perbaikilah diri mu untuk ALLAH dan keluarga mu, perbaikkan amalan mu,buanglah amalan buruk mu yang penuh dosa itu dan pulihkan iman mu.

Sesungguhnya ALLAH mengampuni hamba hambanya yang memohon keampunan kepadaNYA setulus hati.

Bimbinglah isteri dan anak mu dengan cara yang sepatutnya, dan pimpin mereka kejalan ALLAH,semoga diri mu dirahmati ALLAH.

SEDIKIT RENUNGAN

yang ikhlas

SANG PUJANGGA



Monday, January 24, 2011

SEKADAR KENANGAN

SEKADAR KENANGAN 


Mata ini masih terjaga,
Sepertinya ia begitu berat,
Namun hati ini menidakkannya,
Untuk berlabuh di larut malam......

Entah kenapa dengan mata ku,
sepertinya foto foto,
Di album lama yang tersimpan,
Menarik perhatian ku......

Ku sapu habuk habuk,
Yang menyelaputi,
Album lama tersebut,
Dan aku membukanya......

Sudah berapa lama agaknya,
Album ini ku simpan,
Dan fotonya nampak usang,
Namun wajah wajahnya ku nampak jelas......

Tiba tiba aku tersenyum,
Pantas benar masa berlalu,
Sehingga aku boleh terlupa,
Akan kenangan ku di masa lalu......

Terlalu banyak kenangan,
Terungkai di minda ku,
Hanya dengan membelek album ini,
Sepertinya kenangan itu masih baru......

Kisah si kecil dan wiranya,
Sahabat dan saudaranya,
Mahupun datuk dan nenek,
Yang sering menyayangi ku......

Satu foto terjatuh di kaki ku,
Foto yang menggamit seribu kenangan,
Foto ini tidak lama seperti yangg lain,
Foto si dia yang pernah ku cinta......

Tapi semua ini sudah berlalu,
Kenangan tetap kenangan,
Tiada mampu  untuk aku,
Memutarkan kembali masa itu......

Ingin sahaja aku membetulkannya,
Namun sebesar mana daya ku,
Biarlah ia berlalu pergi,
Dan biarlah ia sekadar kenangan.....

Tajuk: SEKADAR KENANGAN
Penulis: SANG PUJANGGA

KABUS MENTARI

KABUS MENTARI

Pagi yang dingin,
Menyambut bangkit ku,
Dari lena mimpi,
Tidur malam nan indah......

Ku bangkit dari peraduan ku,
Dan ku capai tuala tebal,
Menutupi tubuh ku,
Air di hening pagi terasa beku.....

Rasanya hinggap hingga ke otak,
Sehingga aku gigil kedinginan,
Ku tunaikan kewajiban ku,
Lantas ku beransur ke sisi jendela......

Kabus tebal menyelaputi,
Basah cermin jendela ku,
Ku berlalu ke muka pintu,
Dan bergerak ke luar beranda.....

Mentari pagi ku tunggu,
Biarpun masih awal,
Sudah terbiasa dengannya,
Kabus tebal sering menemani haluan ku......

Kekadang tebalnya mengaburi
Pandangan ku tatkala mentari,
Keperangan perlahan muncul.
Di sisi barisan awan di langit biru......

Ku tatap setiap detik.
Agar aku tak ketinggalan,
Entah kenapa setiap haluanku,
Samar dipenuhi kabus.....

Yang dibelakang sudah jelas,
Namun yang dihadapan,
Begitu kabur dengan kabus,
Cahaya tak selalunya ada.....

Namun perlahan lahan,
Kabus tebal menipis,
Dan cahaya mula bersinar,
Suasana bertukar rupa......

Kabus tebal lesap,
Di bawa hembusan bayu,
Udara ku hirup segar sekali,
Dan sang mentari muncul kembali......

tajuk: KABUS MENTARI
penulis: SANG PUJANGGA




BICARA HATI

BICARA HATI

Hati ku berbicara,
Pada perasaan yang sering bergolak,
Setiap saat,
Hati ku berkata kata,
Ada kosong di dalamnya,
Kosong yang dahulu terisi,
Kini kosong kembali,
Dulunya hati ini penuh cinta dan senyum,
Namun kini senyum ku sembunyi luka......

Terlalu banyak persoalan,
Hati ku bertanya,
Dan ada jawapan dan ada tidak.....
Hati ku sering cerita tentang cinta,
Mahupaun cerita dunia,
Penuh dusta,
Ada benar,
Ada palsu,
Terlalu banyak cinta sementara,
Sehingga hati takut,
Sejarah cinta luka berulang kembali......

Ku tak ingin cinta berkalang noda,
Cinta nafsu syaitan,
Bukan hati manusia,
Hati in selalu berharap,
Akan suatu masa
,Ku ketemu bahagia,
Biarpun Hati tahu cinta hakiki,
Hanya padaNYA....

Masa berlalu,
Dan perasaan hati tak pernah pudar,
Kekadang rasa mahu pergi,
Namun tak sampai hati,
Hati ini sering menulis,
Cerita suka duka hidupnya,
Hati ini sering puitis,
Bukan hati sengaja,
Tapi ini saja yang menyenangkanya,
Menghilang serabut metropolitan dunia.....

Hati ini sering perhati,
Berselisih dengan hati yang lain,
Sepertinya hati ini faham,
Akan perasaan manusia,
Hati ini masih sepi biarpun kelilingnya penuh teman,
Sepertinya sayu sering meneman diri,
Tatkala diri sendiri.....

Masihkan ada cinta,
Untuk hati berbunga kembali,
Mungkin itu ubatnya,
Namun salahkah hati ini memilih jalannya,
Hati tak suka dipermainkan,
Hati tak suka diperkotak katik bagai boneka,
Kerna hati ada perasaan,
Dan hati boleh bicara,
Biar dalam diam,
Kata hati masih terasa,
Kerna itu bicara hati......

Tajuk: BICARA HATI
Penulis: PUTERA KATAK

HIJRAH DIRI KU

HIJRAH DIRI KU

 
Ku ingin jadi seperti mu,
Menatap wajah tanpa sangsi,
Ku ingin bebas berlari,
Menari nari seperti sang rama,
Menjadi biasa seperti kamu,
Tanpa apa yang istimewa.....

Ku ingin akur kata mu,
Memecah belenggu menjadi kaca,
Biar terhempas seribu serpihan,
Jadilah ia debu berterbangan,
Ku percaya ketentuanNYA,
Dalam gelap,
Ku lihat samar cahaya,
Tak terang namun indah,
Ia seperti menyuluh setiap laluan ku......

Ku melangkah ke arah cahaya,
Semakin lama ia semakin jelas,
Kekadang sang kabus dingin,menutup jalan,
Namun kuasa ALLAH,
DIA tentukan semuanya,
Dan aku sebagai hamba,
Menerima dengan redha......

Aku ingin menangis,
Menitis air mata seprti kamu,
Ku cuba tapi tak mampu,
Sepertinya ia kering,
Bak kemarau panjang,
Biarpun katak memanggil hujan,
Ia begitu sukar basah.......

Tolonglah aku,
Kenapa aku boleh faham perasaan kau,
Tapi bukan aku,
Aku tak mahu begini,
Aku cuba untuk hilangkan dosa ku,
Ku turut segala suruhan NYA,
Namun dalam akur ku derita,
Dalam senyum ku palsu......

ALLAH seperti menduga ku,
Setiap saat nafas ku berhembus,
Setiap saat jantung ku berdenyut,
Aku manusia,
Bukan malaikat,
Aku akui aku pernah jadi setan,
Langenda budak setan,
Macam tajuk filem pula......

Namun aku berubah,
Ku jatuh menjunam dari langit,
Ke dasar laut,
Ku tenggelam,
Tiba tiba suara memanggil ku,
Sedar dari gelap ku,
Ku berenang kedaratan dunia,
Lama juga ku terdampar,
Perlahan ku susun jejak ku,
Kembali ke pangkal jalan,
Dan kini aku bukan setan,
Aku cuba jadi manusia,
Aku mula faham manusia,
Dan apa ku miliki,
Cahaya ilahi masih bersinar pada ku,
Aku dapat rasakannya,
Namun dalam ku tinggalkan gelap,
Masih ada yang tersepit di gelap sana........

Aku masih mahu selamatkannya,
Dalam biasa aku istimewa,
Dalam istimewa bagi sumpahan,
Biarlah takdir tentukan segala,
Ku harap DIA permudahkan cerita,
Agar ku hadap sedaya upaya,
Ku harap perjalanan ku yang separuh,
Boleh ku teruskan,
Dan ku harap hijrah ku penuh makna,
Agar diri terus berubah,
Aku akan teruskan hidup ini,
Kerna ini hijrah diri ku.......

tajuk: HIJRAH DIRI KU
penulis: SANG PUJANGGA