Monday, January 24, 2011

HIJRAH DIRI KU

HIJRAH DIRI KU

 
Ku ingin jadi seperti mu,
Menatap wajah tanpa sangsi,
Ku ingin bebas berlari,
Menari nari seperti sang rama,
Menjadi biasa seperti kamu,
Tanpa apa yang istimewa.....

Ku ingin akur kata mu,
Memecah belenggu menjadi kaca,
Biar terhempas seribu serpihan,
Jadilah ia debu berterbangan,
Ku percaya ketentuanNYA,
Dalam gelap,
Ku lihat samar cahaya,
Tak terang namun indah,
Ia seperti menyuluh setiap laluan ku......

Ku melangkah ke arah cahaya,
Semakin lama ia semakin jelas,
Kekadang sang kabus dingin,menutup jalan,
Namun kuasa ALLAH,
DIA tentukan semuanya,
Dan aku sebagai hamba,
Menerima dengan redha......

Aku ingin menangis,
Menitis air mata seprti kamu,
Ku cuba tapi tak mampu,
Sepertinya ia kering,
Bak kemarau panjang,
Biarpun katak memanggil hujan,
Ia begitu sukar basah.......

Tolonglah aku,
Kenapa aku boleh faham perasaan kau,
Tapi bukan aku,
Aku tak mahu begini,
Aku cuba untuk hilangkan dosa ku,
Ku turut segala suruhan NYA,
Namun dalam akur ku derita,
Dalam senyum ku palsu......

ALLAH seperti menduga ku,
Setiap saat nafas ku berhembus,
Setiap saat jantung ku berdenyut,
Aku manusia,
Bukan malaikat,
Aku akui aku pernah jadi setan,
Langenda budak setan,
Macam tajuk filem pula......

Namun aku berubah,
Ku jatuh menjunam dari langit,
Ke dasar laut,
Ku tenggelam,
Tiba tiba suara memanggil ku,
Sedar dari gelap ku,
Ku berenang kedaratan dunia,
Lama juga ku terdampar,
Perlahan ku susun jejak ku,
Kembali ke pangkal jalan,
Dan kini aku bukan setan,
Aku cuba jadi manusia,
Aku mula faham manusia,
Dan apa ku miliki,
Cahaya ilahi masih bersinar pada ku,
Aku dapat rasakannya,
Namun dalam ku tinggalkan gelap,
Masih ada yang tersepit di gelap sana........

Aku masih mahu selamatkannya,
Dalam biasa aku istimewa,
Dalam istimewa bagi sumpahan,
Biarlah takdir tentukan segala,
Ku harap DIA permudahkan cerita,
Agar ku hadap sedaya upaya,
Ku harap perjalanan ku yang separuh,
Boleh ku teruskan,
Dan ku harap hijrah ku penuh makna,
Agar diri terus berubah,
Aku akan teruskan hidup ini,
Kerna ini hijrah diri ku.......

tajuk: HIJRAH DIRI KU
penulis: SANG PUJANGGA



No comments:

Post a Comment