Kau terasing dari ramai,
Mekar tumbuh di singgahsana,
Cantik akan paras mu,
Menambat hati mata memandang.....
Namun ku tertanya tanya,
Seperti ada cerita,
Disebalik dirimu sebagai bunga,
Bergelar kuntuman pakma.....
Ku cuba buka tirai lama,
yang usang dimamah zaman,
Coretan lama berhabuk,
Ku buka bagi mengetahui jawapan....
Cerita seorang primadona,
Yang cukup rupawan,
Mencuri hati sesiapa menatap,
Penuh madu sangat berbisa.....
Siapa yang terpaut,
Kan perlahan terpenjara,
Dalam pelukan asmara khayalan,
Kenyataan nyawa hampir kekeringan.....
Rupanya kau bagai parasit,
Senyuman mu sekadar topeng,
Bagi menarik perhatian teruna,
Malang bagi yang terjerat.....
Selepas semua diratah,
Yang tinggal hanya temulang,
Kering bernyawa menunggu masa,
Dengan seribu penyesalan di hati......
Kaulah kuntuman Raflessia,
Haruman mu sembunyi busuk,
Rupawan mu sengat berbisa,
Melumpuh sesiapa yang mengunjungi......
Tajuk: RAFLESSIA
Penulis: PENULIS JALANAN
No comments:
Post a Comment