Gelap gelita akan jalan ini,
Mata ini seperti buta,
Dari memandang dunia realiti,
Terus ku tersembam di khayalan.....
Berkejaran aku mencari harta,
Hamparan hidup wang berjuta,
Hiburan jiwa tarian nafsu,
Rasa hidup syurga dunia.....
Bahagia aku sementara sahaja,
Siang aku kusut semula,
Cari harta penuhi hidup,
Seprti ia penyempurna diri......
Diri semakin hanyut,
Hingga tenggelam dalam dosa,
Hidup dengan asmara noda,
pujuk rayu godaan syaitan......
Akan tetapi apa kekal,
Atas dunia sementara,
Yang hebat itu tunduk,
Lantas jatuh dalam sengsara......
Mula sedar dari mimpi,
Mula lihat kebenaran DIA,
Namun masihkah ada ruang,
Untuk diri yang penuh dosa......
Mujur tiada terlambat,
Akan diri bersujud taubat,
Pada ALLAH yang maha kuasa,
Moga diri aku diampunkan.....
Dalam gelap samar cahaya,
Menyuluh aku ke suatu jalan,
Biarpun ia tak secerah mana,
Namun cukup terasa ke dalam jiwa.....
Dalam berat diri melangkah,
Seperti kaki dirantai besi,
Namun cahaya ilahi terasa dekat,
Menabahkan hati dan naluri......
Beban terbawa semakin ringan,
Rantai berkecai menjadi serpih,
Hangatnya diri ini terasa,
Seperti berjumpa jalan pulang.......
Tajuk: JALAN PULANG
Penulis: SANG PUJANGGA
No comments:
Post a Comment