Wednesday, January 26, 2011

AWAL DAN AKHIR SI ANAK DEGIL

AWAL DAN AKHIR SI ANAK DEGIL

Awalnya azan dilaungkan,
Di telinga ku,
Bermaksud lahirlah aku,
Anugerah ALLAH kepada ibubapa ku.....

Sungguh kecil diri ini,
Ibu selalu dodoikan aku,
Dan menjaga aku sebaiknya,
Tak sedetik pun lari pandangannya.....

Perlahan lahan aku membesar,
Aku mula merangkak,
Mencapai mainan,
Dan nestum makanan ku.....

Perkataan permulaan ku,
"MA" "YA" sebutan pertama ku,
Panggilan untuk ibu bapa ku,
Menandakan aku sudah boleh berkata.....

Dari merangkak empat kaki,
Aku mula bangun berdiri,
melangkah perlahan lahan,
Dipimpin ibu dan bapa ku......

Masa berlalu begitu pantas,
Aku mula mengenal dunia luar,
Tadikalah permulaannya,
Ramai yang sebaya ku di sini.......

Aku memang nakal,
Cikgu selalu marah aku,
Aku degil tapi baik,
Ibu selalu menunggu ku pulang......

Dia seorang suri rumah,
Selalu mengajar ku,
Kerja sekolah dan mengaji,
Kalau buat salah kena marah.....

Dari tadika ke sekolah rendah,
Aku mula ke sekolah menengah,
Ibu kata ilmu itu penting,
Nanti senang di kemudian hari.....

Balik sekolah sahaja,
Pasti ada makanan terhidang,
Pesan bapa "makan dulu, pastue solat",
Begitulah harian ku.....

Dulu aku selalu dimanjakan,
Sekarang dah besar,
Jadi selalu kena rotan,
Sebab aku degil suka buat salah....

Masa terus berlalu,
Keputusan SPM keluar,
Dah tiba masanya,
Aku berjauhan dengan mereka.....

Ibubapa tumpang gembira,
Lihat aku sambung belajar,
Anak yang degil ini,
Dah selangkah menuju kejayaan.....

Pesan ibu"jangan tinggal solat",
Pesan bapa"belajar elok elok".
Ibu tak biasa jauh dengan aku,'
Linangan air mata mengiringi pemergian ku....

Susah juga hidup berdikari,
Sambil belajar ambil kerja sambilan,
Tampung belajar di IPT,
Ibubapa bukan orang senang.....

Belajar dan belajar,
Akhirnya aku menamatkan pengajian,
Mereka yang paling gembira,
Seronok tengok anak degil dapat ijazah......

Akhirnya kini semuanya bertukar,
Aku pula menjaga mereka,
Biarpun tak sehebat ibubapa,
Yang melayan kerenah anak degil ini.....

Dalam nada perlahan,
Ibu berkata pada ku,
"Bila nak kawen".
Aku tergelak seketika" mak faham perangai ku.....

Degil sangat,
Tak mahu dengar kata,
Tapi sayangkan mereka,
dari AWAL hingga AKHIR anak DEGIL ini......

Tajuk: AWAL AKHIR SI ANAK DEGIL
Penulis: SANG PUJANGGA

No comments:

Post a Comment