Muka depan METRO hari ini, terpampang satu berita yang menarik pandangan saya, mungkin perkara ini telah lama berlaku, namun penyiarannya di akhbar metro sepatutnya memberi kesedaran pada diri kita.DAHAGA DI AWAL USIA, adakah ianya salah ibu bapa atau anak anak itu sendiri, kewujudan teknologi sebenarnya adalah untuk memperbaikkan kehidupan namun kenapa pula ada yang menyalahgunakannya.
Pengakuan ini di ambil dari keratan di my METRO hari ini:
*KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.
Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.
Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.
Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.
!.
KES 1 - ADILAH, 13:
“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.
Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.
Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.
Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.
Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.
Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.
Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.
Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.
Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.
Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.
Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.
Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.
Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.
Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.
Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.
Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.
Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.
Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.
2.
KES 2 - RAHMAN, 15:
“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.
Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).
Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.
Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.
Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.
Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.
Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.
Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).
Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.
Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.
Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.
Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.
Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).
Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.
Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.
Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.
Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.
Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.
Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.
Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.
Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.
Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.
Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”
Begitulah dua kisah yang saya baca pagi tadi, ia menimbulkan persoalan, SALAH SIAPA?
Bukan niat diri nak menunding jari pada sesiapa, namun saya sendiri adalah seorang penjaga kepada dua adik saya berusia 10 dan 17 tahun.
#PENGAWALAN IBU BAPA:
*Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan, banyak ibu bapa bekerja pada waktu sama, dimana anak mereka hanya dijaga oleh orang gaji atau, tinggal berseorangan di rumah. Anak anak ini sebenarnya memerlukan kasih sayang dan perhatiaan ibu bapa, dan sebagai ibu bapa atau penjaga ,kita kena cuba ruangkan masa untuk bersama mereka.
Ianya supaya kita tahu apa yang dia lakukan di rumah, tak salah jika kekadang kita intai intai mereka di kawasan sekolah dan kemana mereka pergi, ini bagus, kerana kita secara tidak lansung tahu akan aktiviti yang mereka lakukan setiap masa. Mungkin ia nampak seperti kita tidak mempercayai mereka namun sifat was was, perlu ada bagi memastikan situasi dan keselamatan anak anak itu sendiri.
*"SPOT CHECK"
Pemeriksaan perlu dilakukan beberapa kali sebulan, bagi mengenal pasti situasi pembelajaran serta apa yang ada di dalam bilik mereka, manalah tahu ada yang disorokkan. Janganlah nanti menjadi seperti peribahasa:
"NASI DAH JADI BUBUR"
Masa itu, menyesal pun tiada gunanya. Kerna perkara dah jadi, anak perempuan dah bunting dan anak lelaki jadi penagih dadah, masa itulah kita terduduk ,nak marah pun tak guna. Apa yang boleh dilakukan hanyalah mencari jalan penyelesaian.
Fahamilah "MENCEGAH LAGI BAIK DARI MENGUBATI".
Petikan dari HARTA AMANAH ALLAH KEPADA KU:
Wahai sahabat,
Adakah kamu tahu akan harta harta yang ALLAH amanahkan kepada kamu........
Banyak yang terleka dengan harta kemewahan dunia.....
Malah sering terlupa harta amanahNYA........
Ada 6 harta yang ALLAH amanahkan kepada kamu;
1. keluarga kamu iaitu;
>ibu kamu
>bapa kamu
>adik perempuan kamu
>adik lelaki kamu
2 .perempuan yang kamu nikahi
3.zuriat iaitu anak anak kamu;
>anak anak perempuan kamu,
#jagalah dan bimbing anak anak perempuan kamu sehingga dia didatangi lelaki yakni menikahi dia.........
>anak anak lelaki kamu;
#jagalah dan bimbinglah anak anak lelaki kamu sehingga dia akhil baligh dan dewasa serta berkemampuan untuk berdikari...........
4. amalan dan ibadah yang kamu lakukan di dunia
5. ilmu yang kamu pelajari
6. harta dan rezeki yang kamu cari untuk keluarga dan hidup kamu
itulah harta amanah ALLAH selain harta anak yatim......
Renung renungkanlah pada diri kamu.......
Adakah kamu menjaga harta ALLAH tersebut.........
Jika tidak, apakah alasan kamu........
Masih sempat untuk kamu sedar akan kesilapan kamu.......
#TANGGUNG JAWAB SEBAGAI ANAK
*Adik adik sekalian, apabila kamu meningkat usia remaja ,ketahuilah bahawa kamu akan berada disuatu tahap iaitu tahap tumbesaran, dan kamu akan mempunyai satu sifat ingin tahu akan sesuatu perkara, tak kiralah ia baik atau buruk. Kamu akan sentiasa ingin tahu, namun ingatlah beberapa perkara. ALLAH memberikan akal dan hati pada kita atas sesuatu sebab.iaitu supaya kita tahu membezakan baik dan buruk serta balasan dan akibat dari setiap perkara yang akan kita lakukan.
*Apabila ibu bapa memberikan kita kepercayaan keatas sesuatu perkara contohnya kepercayaan menjaga diri kamu sendiri, jangan sesekali kamu mengkhianati kepercayaan itu kerana ia adalah amanah terhadap kamu.
*Banyakkan bertanya pada ibu bapa, dan penjaga pada hal hal yang kamu musykil.Janganlah berdiam diri atau bertanya pada rakan sesama usia kamu. Ibu bapa dan penjaga serta guru guru disekolah kemungkinan lebih tahu akan perkara tersebut. Fikir sebelum melakukan sesuatu perkara, minta nasihat dan jangan malu bertanya pada mereka.
INSYALLAH ,hidup kamu akan sentiasa baik.
#TEKNOLOGI DAN PENGARUH SOSIAL
*Teknologi amat mempengaruhi kehidupan kita seharian, dari mentol lampu ke siaran televisyen , alat alat kegunaan rumah, pejabat serta kehadiran "HANDPHONE" dan "INTERNET" yang semakin canggih sejajar dengan perubahan zaman, bagus bukan. Namun sedarkah ada anasir anasir yang boleh saya katakan "SYAITAN TEKNOLOGI".
*Laman laman web yang kurang enak makin berleluasa di internet, hanya klik sahaja apa yang kamu ingin lihat. Maka muncullah senarai senarai tajuk, dan klik lagi sekali, maka terpaparlah adegan kamar syaitan. Sebagai ibu bapa, kawallah anak anak kamu semasa menggunakan internet dan unutuk adik adik, lawat laman web yang sepatutnya, jangan yang bukan bukan. Jangan nakal nakal.
Penyebaran video sensor ke handphone mudah alih amat berleluasa, dan banyak kedai handphone yang memuat turun video sensor ini. Malah ia menjadi hiburan diantara anak anak muda dan dewasa. Pelbagai tajuk dan drama, dan yang paling sedih adalah anak anak belasan tahun banyak menjadi pelakon sukarela dan tanpa rela dalam video sensor ini. Ia amat memalukan. Kehadiran "SYAITAN TEKNOLOGI" sememangnya mendatangkan kesan pada aktiviti sosial di negara ini.
#SALAH SIAPA?
*Ini selalu menjadi isu, kenapa?
Si ibu dan bapa menyalahkan anak dan anak menyalahkan mereka, ada menyalahkan keadaan dan kawan kawan. Tapi satu sahaja, dah adik adik tahu benda yang kawan adik buat itu tak elok, kenapa ikut?
Sebenarnya setiap orang ada salah masing masing, Kenapa?
Hanya mereka dan ALLAH yang tahu.
Saya bukan seseorang yang sesuai untuk mengadili perkara ini.
**********************************************
Akhir kata jika ada yang terasa, sedar sedarlah diri,
Ini bukan peringatan untuk kamu semua sahaja ,ia juga untuk saya.
YANG IKHLAS
Sang Pujangga
_______________
Tajuk artikel: ASMARA SI ANAK KECIL
pENULIS: SANG PUJANGGA
WASSALAM....
No comments:
Post a Comment