Monday, January 24, 2011

LIRIK TERAKHIR






Dalam senja yang kabur,

mata samar mencari cahaya,
langkah makin perlahan,
Namun arus masih mengalir,

Terusan sungai usia,
Sampai masa kan henti jua,
Maka kan berakhir nafas ku,

Siang yang berlalu,
Mengundang pelbagai cerita,

Masa yang berputar,
Ajar aku akan erti,
Mana realiti mahupun fantasi,

Aku sering tertanya akan dimana,
Akan aku,
Pabila mati menjemput ku pergi,

Mampukah ku terusi titian MU,
Mendapatkan kasih MU,
Layakkah aku menjejak suci,
Syurga nan indah,

Andai diri berdosa,
Ku sujud dan terus meminta,
Agar diampuni akan salah ku,

Moga ku akan dibawah lindungan MU,
Agar ku terlindung dari azab MU,


Terusan sungai usia,
Sampai masa kan henti jua,
Maka kan berakhir nafas ku,

Aku sering tertanya akan dimana,
Akan aku,
Pabila mati menjemput ku pergi,

Biarkan masa menentukan segala,
Andai ini lirik terakhir ku.....

Tajuk: LIRIK TERAKHIR KU
Penulis: PENULIS JALANAN

No comments:

Post a Comment