Monday, January 24, 2011

KECUNDANGNYA CUCU ADAM

KECUNDANGNYA CUCU ADAM






Mana pergi seri islam,

Dulu bersinar di ufuk timur,
Calar dosa mula merasuk,
Akan jiwa si cucu adam.....

Si tanggang mula derhaka,
Membuang ibu dari hidup,
Lupakah akan si anak,
Akan syurga pada kaki ibu.....

Nafsu dan kuasa jadi hidangan,
Bagi pengejar syurgawi dunia,
Islam hanya sekadar sandaran,
Halal dan haram campur bersama.....

Hanya kerna setitis kotor,
Kain putih tampak cacatnya,
Hanya kerana separuh rosak,
Separuh yang elok terasa bahang.....

Sedih melihat akan zuriat,
Nyawa bagai dedaun gugur,
Kerna malu perbuatan diri,
Anugerah ALLAH jadi mainan.....

Hanya kerna nikmat duniawi,
Sanggup melakukan apa saja,
Terlupakah akan mereka,
Akhirat kan kunjung tiba.....

Sedarlah wahai insan,
Dari lena ulikan syaitan,
Jangan biarkan diri di buai,
Nanti kecundang di akhir nafas.....

Pintu taubat masih terbuka,
Pada insan yang menginsafi dosa,
Sujudlah engkau pada DIA,
Pohon keampunan pada maha ESA.....

Tajuk: KECUNDANGNYA CUCU ADAM
Penulis: PENULIS JALANAN

No comments:

Post a Comment