Walau rupa tak seindah bulan, tubuh tak sesasa ahli bina badan, ia tetap digilai rupawan. Asrul, jejaka yang cukup sederhana dalam perwatakan.
Bukan ego mengikat diri, azali dia sukar didekati. Bicara seindah rerama menambat hati si hawa bergelar puteri.
Didekati Mia si puteri idaman. Dambaan para teruna yang memandang. Dengan alis mata yang menawan. Begitu mempersonakan.
Kata orang, harta mampu mengulit bahagia tapi benarkah bahagia yang tercipta ?
Andai kesepian sahaja menyelimuti diri ? Mendampingi Asrul merubah perpepsi.
Hadirnya heroin kedua, gadis lincah murah senyuman. Tampak jujur alim dipandang. Jinak-jinak merpati. Mudah didekati terbang bila dihampiri.
Pertemuan tidak disangka wujudnya ia. Lakaran cinta dua insan dalam tarian. Asrul-Aleya tampak seiring sejalan dalam melodi nyanyian.
Wujudkah persahabatan antara dua insan bernama lelaki dan perempuan ? Puas Mia memadam perasaan pabila tali persahabatan dijulang.
Misteri yang berombak cuba Asrul sembunyikan. Persoalan yang timbul tidak pernah diperolehi jawapan.
Satu cerita, satu misteri, satu pengakiran wujudnya 3 cinta dari 3 insan.
HADIAH PERPISAHAN
Cerpen dari SANG PUJANGGA
No comments:
Post a Comment