Monday, January 24, 2011

HIJRAH:ALPA,INSAF,MATI,RUGI,REALITI

HIJRAH: ALPA,INSAF,MATI,RUGI,REALITI

Aku tidak sangsi,
Akan kuasa ALLAH yang maha berkuasa,
Kerna itu aku tak pernah berpaling padasNYA,
Setiap masa aku berlindung dibawah kekuasaanNYA,
Setiap yang terjadi,
Pasti ada hikmahnya,
Dan ALLAH jadikan setiap peristiwa dan kejadian,
Supaya kita memahami dan mengerti,
Tentang erti hidup realiti,
Dan alam ini di bawah pemerintahanNYA,
Maka tiada apa kepalsuan tidak diketahuiNYA,
Tiada satu kebenaran yang bukan hanya dariNYA,

Biarpun zaman berubah,
AL QURAN itu tetap ada,
Sebagai petunjuk kebenaran dunia,
Persoalan lampau,
Persoalan datang,
Semuanya terjawab dalamnya,
Cuma kita manusia alpa,
Sukar mendalami apa yang ada,
Tersedia oleh MUHAMMAD S.A.W,
Insan terpuji seluruh alam,
Insan terpuji di sisi ALLAH,
Rasul terakhir di akhir zaman,

Sayangnya semua telah berubah,
Sejajar perubahan kemodenan masa,
Manusia lalai mengejar dunia,
Terus alpa akhirat mendatang,
Harta dicari segunung tingginya,
Amalan seperti debu dilantai,
Alangkah rugi akan manusia,
Kerna ilmu di dada tiada diguna,

Amalan dunia berat rasanya,
Tidak seberat amalan akhirat,
Seimbangkanlah akan kedua dua,
Agar permudah lalui dunia,yang berada disebelah sana,j
Jangan sampai mati menjemput,
baru mahu menyesal melutut,
Mati itu tiada cepat,
Mahupun lambat biar sesaat,
Kerna itu telah ditetapKAN,
Oleh ALLAH maha berkuasa,

Sedarlah insan,
Sedar manusia,
Sebelum seksa datang tiba,
Sebelum malaikat maut berkunjung tiba,
Mengambil nyawa setiap hamba,
Pohon keampunan pada ALLAH,
Kerna DIA maha mengampuni,
Sujud dan taubat pada ALLAH,
Semoga diterima akan taubat mu,
Perbanyakkan amalan serta ibadah,
Agar sentiasa di bawah redhaNYA,
Perbaiki diri selagi daya,
Hijrahlah buruk kepada baik,

Sesungguhnya tiada terjadinya manusia,
Tanpa sebab yang sia sia,
Manusia sempurna di sisi ALLAH,
Biarpun begitu tiada lari,
Dari diri melakukan kesilapan,
Semoga kedatangan hijrah ini,
Memberi makna pada kita,
Muslimin muslimah,
Akhir dunia,
ALLAH itu maha adil sifatNYA,
Yang tidak adil diri kita,
Manusia ciptaanNYA.........

renungan untuk semua
yang ikhlas

PRINCE FROG
_____________






No comments:

Post a Comment