Wednesday, January 26, 2011

MALAYSIA TERLALU BEBAS, BENARKAH

ASSALAMUALAIKUM.....

Negara malaysia sememangnya terlalu bebas........

Bebas untuk muslimin ,muslimah melakukan dosa, dan alpa dengan perkara yang sepatutnya mereka lakukan, malah kehadiran anasir luar memburukkan keadaan, murtad bukan perkara yang baru namun amat serius melibatkan umat islam di negara ini, begitu juga dengan kelahiran bayi luar nikah, ada tak kita dengar kaum lain buang anak, rasanya tak, balik balik masuk paper , orang islam, melayu.Dah jadi macam cop, islam ini teruk di mata orang, biarpun bukan semua muslim di malaysia begitu namun bahangnya cukup terasa ,kerna tempias itu pasti memanaskan diri kita....

"janganlah jadi kerna nila setitik, rosak susu sebelanga"......

Kita perlu terapkan sifat kesedaran kedalam diri muslim di negara ini, ia bukannya mudah tapi sekurang kurangnya kita usaha dalam melakukan perkara tersebut....

Untuk membanterasnya, aku lihat agak mustahil tapi kita mampu, program ceramah dan motivasi sering diakukan di sekolah dan di intitusi tinggi untuk mengelak perkara ini berulang sekali lagi....
Namun sepatutnya diri kita sendiri juga memainkan peranan , kita perlu cuba untuk mengelakkan diri kita dari melakukan sesuatu yang negatif....

"wahai sahabat, janganlah engkau iaitu adam dan hawa berdua duaan atau berada dikawasan yang boleh terjadinya maksiat, percayalah apabila kamu adam dan hawa yang bukan muhrimnya berdua duan, maka datangnya peserta ketiga, iaitu syaitan jahanam, lantas dia menutup hati dua keturunanan adam dan hawa ini ,lantas menggodanya kearah kemaksiatan"........

"dan sesungguhnya ALLAH tahu akan segala yang terjadi didunia ini, tidak terlewat atau terawal sesaat pun, serta DIA telah tetapkan akan hidup manusia sejak azali lagi, dan kita sebagai muslim hendaklah melalui jalan yang lurus iaitu yang sepatutnya dan diredhai ALLAH"........

Dan hanya kerana cinta dan nestapa....

Selalu kita dengar akan murtad, namun apakah penyebabnya? salah satu penyebab adalah pergaulan bebas serta cinta, kenapa banyak trend , kita lihat dalam cinta, melayu bercinta dengan hindu,cina, dan kristian, sedarkah kita dimana banyak anak anak gadis di malaysia terjebak akan dengan situasi cinta dua dunia......

Malah kerana cinta, sanggup anak gadis muslimah merelakan apa yang tak sepatutnya iaitu mengikut teman lelakinya yang bukan muslim keluar dari agama islam dan memeluk agama mereka.....

Macam bodoh saja bunyi tapi ini kenyataannya. "cinta menghalalkan segalanya"......

Lantas anak gadis itu terkeluar dari islam dan murtadlah dia, malah pernah terjadi di mana tanda salid ditemui disalah satu anggota tubuh gadis bertudung di negara ini, lantas menggemparkan seluruh negara....

Mengejutkan bukan, bagi aku tidak......

Sekarang pula ada beberapa pihak mengambil kesempatan di atas kesusahan seseorang, iaitu atas dasar kemiskinan dan kesusahan,mereka memberi tempat tinggal pada orang miskin dan diberi wang untuk menyara kehidupan, lantas mereka diajar tentang agama anutan pihak tersebut;kristian sebagai balasan.....

SUBHANALLAH.....

Sebenarnya perkara ini telah lama berlaku cuma baru sekarang ramai yang menyedari, nama islam yang sepatutnya ditukarkan nama kristian, dan mereka diajar cara menyeru agama kepada orang ramai.....

Dasyat bukan....

Aku terfikir masih kah ada lagi jalan penyelesaian atau sebenarnya ini identiti umat akhir zaman.....

Renungan untuk bersama

WASALAM; renungan dari sang pujangga......



No comments:

Post a Comment