Wednesday, January 26, 2011

ASAL USUL PUTERA KATAK



ASAL USUL SI PUTERA KATAK

Banyak yang mengenali aku dengan nama HASRUL NIZAM,
mahupun SANG PUJANGGA,
Sememangnya nama tersebut sudah menjadi timangan aku sebagai seorang penulis,
Namun satu nama timangan baru muncul,
Dan ianya adalah PUTERA KATAK atau pun "prince frog".
Mungkin ada yang tertanya kenapa KATAK,
KATAK adalah sejenis reptelia yang boleh hidup di darat dan di air,
Kenapa agaknya, ia bukan satu kebetulan,
Sesungguhnya ada cerita di sebalik nama timangan PUTERA KATAK,
Percaya atau tidak,
Cerita ini benar terjadi dan masih terjadi pada insan bergelar puitis........

Di sinilah ceritanya bermula.....

Pada tahun 1987 iaitu pada pukul 8:45 pagi bertarikh 1 hari bulan april, seorang bayi lelaki telah dilahirkan di sebuah rumah papan berdekatan tebing sungai pahang di sebuah kampung bernama purun.

Bayi tersebut merupakan anak sulung bagi pasangan suami isteri iaitu MORNY dan BONGSU.

Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa kerana perkara yang aneh bakal berlaku, selepas bayi itu dilahirkan, Bayi tersebut di ambil bidan dan dimandikan dengan minyak.

Bayi itu dikatakan kembar darah, yang bersifat degil dan nakal, maka bayi itu dimandikan dan tanpa diduga seekor katak kecil telah masuk ke dalam minyak yang disediakan, maka mandilah bayi tersebut bersama seekor katak kecil didalam besen berisi minyak tersebut.

Bayi itu  di azankan dan diberi nama MOHD HASRUL HIZAM.

Masa berlalu dan bayi itu menjadi seorang kanak kanak degil namun baik, kanak kanak tersebut merupakan cucu kesayangan bagi datuk dan neneknya, hidup kanak kanak ini di penuhi komik ,kartun ,dan ayam.

Kartun yang dianggap pertama dan juga inspirasi sampai kini ialah SATRIA BAJA HITAM, perwira bertopeng dengan motosikalnya HOPPER.

Salah satu sifat kanak kanak ini ialah duduk menyilang sama seperti katak, menurut emaknya, ia mungkin badi atau ikutan katak. ini kerana setiap kali duduk, dia akan menyilangkan kaki bagaikan seekor katak, itulah kenyataannya sampai sekarang, dia juga amat suka melihat dan memegang katak. ia seperti katak katak adalah kawan bagi kanak kanak tersebut.....

Masa terus berlalu dan kanak kanak tersebut menjadi seorang insan, namun sifat katak itu masih berada di dalam dirinya.

Dan dari cerita inilah asal usul nama timangan PUTERA KATAK.

Pelik bukan, tapi inilah kebenarannya, jarang perkara yang berlaku secara kebetulan.......

YANG IKHLAS
PUTERA KATAK
----------------------

No comments:

Post a Comment