Jika cantik parasnya,
Cantikkah juga dalamannya,
Jika cantik dalamnya,
Kenapa pula didedahkan kecantikanya....
Jika cantik hatinya,
Nescaya akan ada sinar pada wajahnya,
Jika cantik perilakunya,
Nescaya sejuk segala persekitaran dirinya....
Jika cantik amalannya,
Maka cantiklah seri hidupnya,
Jika cantik adab sopannya,
Maka sifat malu itu ada pada cantiknya.....
Jika cantik rupawannya,
Haruskah aurat didedah seperti bunga,
Jika cantik tertutup sempurna,
Haruslah terjaga akan kehormatannya.......
Jika cantik hanya luarannya,
Percayalah ia hanya pada mata nafsu manusia.
Jika cantik hati dan jiwanya,
Percayalah kecantikan itu menerusi mata hati manusia......
Jika cantik di pandangan manusia,
Pastikah cantik di pandangan DIA,
Jika cantik pada pandangan DIA,
Pasti cantik akan dikasihi selamanya......
Tajuk: CANTIK
Penulis: PUTERA KATAK
No comments:
Post a Comment