Kerana aku lelaki,
Ku sering tertarik pada hawa.....
Kerana aku lelaki,
Ku ingin dibelai oleh kelembutan wanita.....
Kerana aku lelaki,
Ku senang terpaut pada kecantikan dan peribadi muslimah.....
Kerana aku lelaki,
Kekadang nafsu ku menguasai akal ku.....
Kerana aku lelaki,
Kedegilan ku teman diri ku.....
Kerana aku lelaki,
Ku selalu kurang sensitif pada perasaan mu......
Dan
Kerana aku lelaki,
Ku perlukan belaian kasih dari mu hawa.....
Peliharalah kata kata dan kesopanan mu.....
Jangan kau goda akan diri ku,
Dengan kemanisan pada diri mu,
Kerna mu senjata hebat sang syaitan,
mampu menunduk iman diri ku......
Kerna aku lelaki,
Tarikan mata aku lebih pada mu.....
Peliharalah akhlak dan aurat mu,
Jangan kau calarkan keindahan mu pada pandangan ku,
Takut akan hilang maruah mu.....
Kerana aku lelaki,
Ku sering bermanis kata,
hanya untuk mendapat perhatian mu.....
Kerna aku lelaki,
Sukar menunjuk akan perasaan,
namun aku tak sekuat di pandangan mu,
Pasti sedikit ada akan lemah ku.....
Kerana aku lelaki,
Terangkan aku akan perasaan mu,
Agar tidak ku tersalah sangka akan diri mu.....
Jika ada air mata di wajah ku,
Ia lahir dari dari keikhlasan ku,
Kerna aku lelaki sukar untuk keluarkan air mata......
Kerana aku lelaki,
Mungkin aku kurang perihatin akan jiwa mu.....
Maka fahamilah akan diri ku,
Yang bergelar adam......
WAHAI HAWA.......
Tajuk: KERANA AKU LELAKI
Penulis: SANG PUJANGGA
No comments:
Post a Comment