Ya kasih.
Adakah ini yang kau mahu,
Syurga duniawi yang melekakan,
Nikmat diri jmu yang sementara,
yang penuh dosa dan noda........
Ya kasih,
Inikah yang kau panggil,
Syurga nikmat mu,
Syurga di mana kau,
Bergelumang dosa nan hina......
Ya kasih,
Apakah yang kau lakukan,
Memberi ketenangan,
Menari di bawah lampu berkelip,
Diselebungi zina dan khayalan.....
Ya kasih,
Adakah kau gembira,
Dalam pelukan nafsu,
Sesama kamu yang bukan muhrim,
Lantas kenapa kamu menangis......
Ya kasih,
Dimanakah terletaknya syurga mu,
Adakah kau menjaga amanah mu,
Bagaimana pula dengan orang tua mu,
Sedangkan syurga dibawah kaki ibu mu......
Ya kasih,
Sepertinya kau puas,
Dengan kekayaan dan kebendaan,
Yang kau perolehi dari bumi ini,
Sedarkah syurga yang kau rasa pemberianNYA.......
Ya kasih,
Jika maksiat itu syurga,
Kenapa kau tangisi diri mu,
Hanya selepas kau terima akibatnya,
Lantas kenapa kau bunuh jiwa si kecil.......
Ya kasih,
Tahukah kau akan sesuatu,
Syurga dunia itu jalan ke neraka jahanan,
Dan ibadah dan amalan jalan ke syurga hakiki,
Sedarkah kau kasih, insan bergelar manusia........
Ya kasih,
Ketahuilah bahawa di mata mu,
Bukan syurga yang kau cari,
Ia hanya permainan syaitan,
Menyesatkan hati kamu yang bergelar insan.......
Ya kasih,
Sedarlah kamu dari mimpi,
Bukakan mata kamu seluas luasnya,
Agar kau lihat bayangan syurga,
Yang tak tergambar keindahannya........
tajuk: SYURGA DI MATA MU
penulis: PUTERA KATAK
No comments:
Post a Comment