Saturday, January 29, 2011

Hadiah Perpisahan-sinopsis

Walau rupa tak seindah bulan, tubuh tak sesasa ahli bina badan, ia tetap digilai rupawan. Asrul, jejaka yang cukup sederhana dalam perwatakan.

Bukan ego mengikat diri, azali dia sukar didekati. Bicara seindah rerama menambat hati si hawa bergelar puteri.

Didekati Mia si puteri idaman. Dambaan para teruna yang memandang. Dengan alis mata yang menawan. Begitu mempersonakan.

Kata orang, harta mampu mengulit bahagia tapi benarkah bahagia yang tercipta ?

Andai kesepian sahaja menyelimuti diri ? Mendampingi Asrul merubah perpepsi.

Hadirnya heroin kedua, gadis lincah murah senyuman. Tampak jujur alim dipandang. Jinak-jinak merpati. Mudah didekati terbang bila dihampiri.

Pertemuan tidak disangka wujudnya ia. Lakaran cinta dua insan dalam tarian. Asrul-Aleya tampak seiring sejalan dalam melodi nyanyian.

Wujudkah persahabatan antara dua insan bernama lelaki dan perempuan ? Puas Mia memadam perasaan pabila tali persahabatan dijulang.

Misteri yang berombak cuba Asrul sembunyikan. Persoalan yang timbul tidak pernah diperolehi jawapan.

Satu cerita, satu misteri, satu pengakiran wujudnya 3 cinta dari 3 insan.





HADIAH PERPISAHAN

Cerpen dari SANG PUJANGGA

Thursday, January 27, 2011

Memori Semalam

Seketika aku bersandar,
Di persinggahan waktu,
Lari dari kesibukan dunia,
Kala pengejaran ini kekusutan......

Keluh ku di ruangan ini,
puntungan rokok menjadi teman,
Mata ini sering tertarik ke langit,
Biarpun kaki setia di bumi.....

Dalam lena lamunan,
Kenangan mula bersinggah,
Memori bak kepingan filem,
Seperti berputar di skrin minda.....

Sepertinya sesuatu terlekat,
Filem itu seperti berulang,
Di suatu bahagian cerita,
Membuat ku tersenyum sedetik.....

Sepertinya banyak tertinggal,
Kala diri dalam pengejaran,
Sepertinya memori itu masih segar,
Tampak bagaikan baru terjadi.....

Ku Bangkit dari lamunan,
Biarpun memori masih kelihatan,
Bermain di benak akal,
Seperti ianya memori semalam.....

Tajuk:MEMORI SEMALAM
Penulis:PENULIS JALANAN

Wednesday, January 26, 2011

WANITA,KEHORMATAN,DAN TUDUNG





Asalamuailaikum......


Tudung,
Perhiasan atau kewajiban......

Ramai yang aku tengok pakai tudung dan ramai juga yang tak pakai......mungkin yang tak pakai itu tak sedar akan kepentingan bertudung,tapi kenapa? adakah kerana;

a, kenapa ko tak pakai tudung?
b; pakai tudung ,eeee..tak meletup, tak ikut perkembangan fesyen.

Satu lagi soalan?
Pemakaian tudung, fesyen atau kewajiban?

Banyak aku tengok fesyen bertudung diketengahkan dimajalah dan tv, ya, memang bagus, ia menyerlahkan kecantikan wanita dan aku akui bila aku lihat si dia pakai tudung, cantik..menutup rambut dengan perhiasan yang indah.
Tapi sedarlah ada anasir mengetengahkan cara bertudung "sister kristian", dan adakah wanita sedar atau tidak? cuba tengok cermin.......

Satu lagi soalan?
Kenapa pakai tudung?

a; menutup aurat
b; rambut kan aurat
c; sebab ia selesa

Mana yang betul?
Tapi kalau dah tahu pakai tudung menutup aurat, kenapa muslimah kita ini ada yang tak berapa cerdik,kenapa?
Kalau pakai tudung, pemakaiannya juga perlu menutup aurat;

Sang pujangga gelap;
yang ko pakai tudung tue ok, tapi napa lak pakaian ko macam sial.
pakai tudung tapi pakai baju tat,seluar tat. Apa yang ko nak tunjuk sebenarnya....bukit2...pom pom.
jangan hipokrit dalam hidup...
ada yang pakai tudung ,elok dah tapi baju lak longgar tapi berbayang , kain  nipis. Apa hal?
lebih baik ko jangan pakai tudung sebab ko menghina diri ko sendiri,"dont make your self cheap".

Wanita bukan bunga,
Bunga cantik dan wangi tapi tak sempurna.
Kenapa?
bunga menyerlahkan segala gala kecantikannya, dengan mudah kumbang menghisap manisnya, sedangkan wanita bukan begitu, hawa adalah pasanggan adam yang dijadikan dari rusuk adam sendiri dengan kecantikan dan keistimewaan tersendiri, daya tarikan hawa bukan hanya pada pemakaian tapi perilaku dan adab yang ada padanya; sang pujangga cahaya.

Sang pujangga gelap;
UIA
UITM
UPM
U DAN U DAN U tapi bukan icu

Ini kisah benar tapi diolah semula;
ada student yang warak dan cukub baik perilakunya di mata ku, malah di mata pensyarah dan pelajar lain namun disebalik kewarakan itu, pemalsuan berlaku,
aku ke "clubbing" macam biasa, duduk disisi dinding , diatas "sit" yaang disediakan, kalau nama lelaki, mestilah aku berkepit ngan aweks2 malam, tiba tiba aku terpandang pada seseorang yangh memakai tiub dan kalau pakai plastik semmangnya nampaklah bra..perghhhh skirt pendek tahap gaban, sikit jea lagi nak nampak seluar kecik..aku bangun dari "sit" dan menghala ke awek itu.dalam hati tetiba aku tersebut SUBHANALLAH,kecilnya dunia....tak mungkin, dia adalah orang yang aku lihat dikuliah, dia tak sepatutnya ada disini, kenapa......
Aku rasa tertipu, mahu saja aku cakap sesuatu, takkan pelanduk dua serupa, dia adalah student yang amat aku pandang tinggi kehormatannya, tertipu.......

HIPOKRIT, PENIPUAN

Apa maknanya pemakaian dan perilaku dia yang warak dikuliah"

Tudung dan kehormatan wanita bukan dipermainkan....

Akhir kata;

Wahai sahabat,jangalah kau muslimah mempersendakan tudung dan perhiasan auratnya, jujurlah pada diri, pakailah pakaian yang sepatutnya dengan tudung iaitu pakaian yang labuh dan tidak memperlihatkan aurat. jagalah aurat kamu sebaik mungkin, kerna ia sungguh cantik di mataku muslimin dan di pandangan ALLAH......

final please....I LIKE BAJU KURUNG.....hahahaha


Waalaikumusalam......






PERMATA CAHAYA

PERMATA CAHAYA

Sedingin salju,
Rasanya hati ku,
Tiada hangat,
Diri ku terasa......

Dalamlah lemah,
Jasad ku membawa,
Adakah sinar akan menjelma.......

Muncul diri mu,
Terangi dunia,
Indahnya kilauan,
Seri permata.......

Biarpun hadir mu,
Hanya sementara,
Tapi cukup untuk bercahaya......

Kerna hadir mu,
Ku mampu melangkah,
Menentang arus,
Ombak kemarau......

Adanya kasih mu,
Permata cahaya,
Memberi sinar,
Menerangi jiwa....... 

Muncul diri mu,
Terangi dunia,
Indahnya kilauan,
Seri permata.........

Biarpun hadir mu,
Hanya sementara,
Tapi cukup untuk bercahaya.......

Lirik: permata cahaya
Penulis: sang pujangga


PUSARA KASIH

PUSARA KASIH

Sejuknya rasa dihening pagi,
Menemani diri dijalan ini,
Menyusur lalu ke suatu tempat,
Menemukan teman yang ku rindu......

Harum kemboja sepanjang jalan,
Mengiringi diri setiap langkah,
Semakin dekat kian terasa,
Membawa diri ke kenangan lalu......

Kenangan membawa balik diri,
Ke masa lalu aku dan dia,
Sungguh indah lamunan berkasih,
Ada manis ada pahitnya......

Semua ku kongsikan bersama,
Tak pernah ku lihat,
Akan insan sebaik dia,
Tak pernah jemu melayan aku......

Tapi hakiki hidup ini,
Yang datang pasti pergi,
Yang hidup pasti mati,
Dan dia juga pergi meninggalkan diri......

Terima kasih sayang ku,
Ku datang sekali lagi menemani,
Membawa kenangan terpahat di jiwa,
Bersama air mawar di tangan......

Lantas ku duduk di sisi,
Mengeluarkan secebis yasin,
Dan ku sedekahkan pada diri mu,
Yang berada di sebelah sana.......

Ku siramkan air mawar,
Di seluruh pusara kasih,
Tanda ku hadir mengunjungi mu,
Duhai kasih yang pernah muncul dihati ku......

SEMOGA ALLAH MERAHMATI MU
IKHLAS DARI SANG PUJANGGA


MALAYSIA TERLALU BEBAS, BENARKAH

ASSALAMUALAIKUM.....

Negara malaysia sememangnya terlalu bebas........

Bebas untuk muslimin ,muslimah melakukan dosa, dan alpa dengan perkara yang sepatutnya mereka lakukan, malah kehadiran anasir luar memburukkan keadaan, murtad bukan perkara yang baru namun amat serius melibatkan umat islam di negara ini, begitu juga dengan kelahiran bayi luar nikah, ada tak kita dengar kaum lain buang anak, rasanya tak, balik balik masuk paper , orang islam, melayu.Dah jadi macam cop, islam ini teruk di mata orang, biarpun bukan semua muslim di malaysia begitu namun bahangnya cukup terasa ,kerna tempias itu pasti memanaskan diri kita....

"janganlah jadi kerna nila setitik, rosak susu sebelanga"......

Kita perlu terapkan sifat kesedaran kedalam diri muslim di negara ini, ia bukannya mudah tapi sekurang kurangnya kita usaha dalam melakukan perkara tersebut....

Untuk membanterasnya, aku lihat agak mustahil tapi kita mampu, program ceramah dan motivasi sering diakukan di sekolah dan di intitusi tinggi untuk mengelak perkara ini berulang sekali lagi....
Namun sepatutnya diri kita sendiri juga memainkan peranan , kita perlu cuba untuk mengelakkan diri kita dari melakukan sesuatu yang negatif....

"wahai sahabat, janganlah engkau iaitu adam dan hawa berdua duaan atau berada dikawasan yang boleh terjadinya maksiat, percayalah apabila kamu adam dan hawa yang bukan muhrimnya berdua duan, maka datangnya peserta ketiga, iaitu syaitan jahanam, lantas dia menutup hati dua keturunanan adam dan hawa ini ,lantas menggodanya kearah kemaksiatan"........

"dan sesungguhnya ALLAH tahu akan segala yang terjadi didunia ini, tidak terlewat atau terawal sesaat pun, serta DIA telah tetapkan akan hidup manusia sejak azali lagi, dan kita sebagai muslim hendaklah melalui jalan yang lurus iaitu yang sepatutnya dan diredhai ALLAH"........

Dan hanya kerana cinta dan nestapa....

Selalu kita dengar akan murtad, namun apakah penyebabnya? salah satu penyebab adalah pergaulan bebas serta cinta, kenapa banyak trend , kita lihat dalam cinta, melayu bercinta dengan hindu,cina, dan kristian, sedarkah kita dimana banyak anak anak gadis di malaysia terjebak akan dengan situasi cinta dua dunia......

Malah kerana cinta, sanggup anak gadis muslimah merelakan apa yang tak sepatutnya iaitu mengikut teman lelakinya yang bukan muslim keluar dari agama islam dan memeluk agama mereka.....

Macam bodoh saja bunyi tapi ini kenyataannya. "cinta menghalalkan segalanya"......

Lantas anak gadis itu terkeluar dari islam dan murtadlah dia, malah pernah terjadi di mana tanda salid ditemui disalah satu anggota tubuh gadis bertudung di negara ini, lantas menggemparkan seluruh negara....

Mengejutkan bukan, bagi aku tidak......

Sekarang pula ada beberapa pihak mengambil kesempatan di atas kesusahan seseorang, iaitu atas dasar kemiskinan dan kesusahan,mereka memberi tempat tinggal pada orang miskin dan diberi wang untuk menyara kehidupan, lantas mereka diajar tentang agama anutan pihak tersebut;kristian sebagai balasan.....

SUBHANALLAH.....

Sebenarnya perkara ini telah lama berlaku cuma baru sekarang ramai yang menyedari, nama islam yang sepatutnya ditukarkan nama kristian, dan mereka diajar cara menyeru agama kepada orang ramai.....

Dasyat bukan....

Aku terfikir masih kah ada lagi jalan penyelesaian atau sebenarnya ini identiti umat akhir zaman.....

Renungan untuk bersama

WASALAM; renungan dari sang pujangga......



DALAM INGATAN

 DALAM INGATAN

Telah lama ku tinggalkan desa,
Rumah kelahiran ku,
Merantau ke pelusuk dunia,
Memenuhi kewajiban hidup ku........

Namun ingatan menyentuh aku,
Setiap kali aku kembali
Ke desa ini,
Memori lama bermain dalam diri........

Aku lihat setiap sudut,
Desa lama yang ku tinggalkan,
Pepohon getah di tepian,
Membawa ku ke masa silam.......

Ramai yamg telah pergi.
Namun masih ada yang selalu,
Menunggu aku pulang,
Di muka pintu teratak ini.......

Percayalah akan diri ku,
Tiada sesaat pun,
Ku ingin lupa akan kamu,
Yang selalu tunggu kepulangan ku......

Salam dan pelukan,
Menyambut diri ku,
Tanda gembira dan terharu,
Penantian mu bukan palsu.......

Aku kembali semula,
Setelah sekian lama,
Dan puisi ini sebagai tanda,
Diri mu dalam ingatan........

Tajuk: DALAM INGATAN
Penulis: SANG PUJANGGA 


KALA BAYU BERBISIK

BAYU BERBISIK

Bayu menghembuskan anginnya,
Menerbangkan dedaun gugur,
Mendingin suasana,
Menyambut diri ku.....

Ku berlalu di tepian pantai,
Menyusun setiap langkah,
Ombak pantai amat perlahan,
Membidas kaki ini....

Aku berseorangan tak berteman,
Melayan perasaan,
Matahari senja agak sayup,
Warnanya kemerahan menyambut malam.......

Bayu dengarlah hatii aku,
Dan ku berbisik pada mu,
Sampaikan pesanan ku padanya,
Bahawa ku rindu akan hadirnya.......

Ku menyusun langkah ku,
Dan ku singgah berteduh,
Duduk di atas pangkin,
Di bawah pepohon rendang....... 

Dan bayu betiup semula,
Khabarannya berlainan sekali,
Sepertinya bayu berbisik,
Senyuman ku mula terukir.....

Tiba tiba ku dengar suara,
Memberi salam kepada diri,
Dan ku berpaling padanya,
Dan ternyata dia mendengar.....

Akan pesanan ku,
Kepada dirinya,
Terima kasih sang bayu,
Kerna menyampaikan bisikan hati ku......

Tajuk: BAYU BERBISIK
Penulis: SANG PUJANGGA



DAN AKU

DAN AKU

Tak pernah ku ragui,
Cinta ku pada mu,
Tak pernah ku berpaling,
Diri ku dari mu......

Cinta yang telah terpendam,
kasih yang ingin ku beri......

Setelah kau sepi.
Tanpa siapa di sisi,
Barulah kau sedari,
Wujudnya diri ini........

Hanya untuk diri mu,
Kasih yang terbiar sepi.....

Tidakkah kau sedari,
Cinta ku pada mu,
Dan aku di sini,
Untuk menyinta diri mu......

Dan aku di sini,
Memahami diri mu,
Sambutlah cinta ku,
Dengarlah hati ku......

Dan diri ku hanya untuk mu,
Dan kasih ku hanya pada mu........

Penulis: sang pujangga
Tajuk lirik: DAN AKU

ASMARA SI ANAK KECIL

 ASSALAMUALAIKUM........





Muka depan METRO hari ini, terpampang satu berita yang menarik pandangan saya, mungkin perkara ini telah lama berlaku, namun penyiarannya di akhbar metro sepatutnya memberi kesedaran pada diri kita.DAHAGA DI AWAL USIA, adakah ianya salah ibu bapa atau anak anak itu sendiri, kewujudan teknologi sebenarnya adalah untuk memperbaikkan kehidupan namun kenapa  pula ada yang menyalahgunakannya.


Pengakuan ini di ambil dari keratan di my  METRO hari ini:

*KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.


Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.
Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.


!.
KES 1 - ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.

 2.
KES 2 - RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”


Begitulah dua kisah yang saya baca pagi tadi, ia menimbulkan persoalan, SALAH SIAPA?

Bukan niat diri nak menunding jari pada sesiapa, namun saya sendiri adalah seorang penjaga kepada dua adik saya berusia 10 dan 17 tahun.

#PENGAWALAN IBU BAPA:

*Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan, banyak ibu bapa bekerja pada waktu sama, dimana anak mereka hanya dijaga oleh orang gaji atau, tinggal berseorangan di rumah. Anak anak ini sebenarnya memerlukan kasih sayang dan perhatiaan ibu bapa, dan sebagai ibu bapa atau penjaga ,kita kena cuba ruangkan masa untuk bersama mereka.

Ianya supaya kita tahu apa yang dia lakukan di rumah, tak salah jika kekadang kita intai intai mereka di kawasan sekolah dan kemana mereka pergi, ini bagus, kerana kita secara tidak lansung tahu akan aktiviti yang mereka lakukan setiap masa. Mungkin ia nampak seperti kita tidak mempercayai mereka namun sifat was was, perlu ada bagi memastikan situasi dan keselamatan anak anak itu sendiri.

*"SPOT CHECK"
Pemeriksaan perlu dilakukan beberapa kali sebulan, bagi mengenal pasti situasi pembelajaran serta apa yang ada di dalam bilik mereka, manalah tahu ada yang disorokkan. Janganlah nanti menjadi seperti peribahasa:

"NASI  DAH JADI BUBUR"

Masa itu, menyesal pun tiada gunanya. Kerna perkara dah jadi, anak perempuan dah bunting dan anak lelaki jadi penagih dadah, masa itulah kita terduduk ,nak marah pun tak guna. Apa yang boleh dilakukan hanyalah mencari jalan penyelesaian.

Fahamilah "MENCEGAH LAGI BAIK DARI MENGUBATI".

Petikan dari HARTA AMANAH ALLAH KEPADA KU:


Wahai sahabat,
Adakah kamu tahu akan harta harta yang ALLAH amanahkan kepada kamu........
Banyak yang terleka dengan harta kemewahan dunia.....
Malah sering terlupa harta amanahNYA........

Ada 6 harta yang ALLAH amanahkan kepada kamu;

1. keluarga kamu iaitu;
>ibu kamu
>bapa kamu
>adik perempuan kamu
>adik lelaki kamu

2 .perempuan yang kamu nikahi

3.zuriat iaitu anak anak kamu;
>anak anak perempuan kamu,
#jagalah dan bimbing anak anak perempuan kamu sehingga dia didatangi lelaki yakni menikahi dia.........
  
>anak anak lelaki kamu;
#jagalah dan bimbinglah anak anak lelaki kamu sehingga dia akhil baligh dan dewasa  serta berkemampuan untuk berdikari...........

4. amalan dan ibadah yang kamu lakukan di dunia

5. ilmu yang kamu pelajari

6. harta dan rezeki yang kamu cari untuk keluarga dan hidup kamu

itulah harta amanah ALLAH selain harta anak yatim......

Renung renungkanlah pada diri kamu.......
Adakah kamu menjaga harta ALLAH tersebut.........
Jika tidak, apakah alasan kamu........
Masih sempat untuk kamu sedar akan kesilapan kamu.......


#TANGGUNG JAWAB SEBAGAI ANAK

*Adik adik sekalian, apabila kamu meningkat usia remaja ,ketahuilah bahawa kamu akan berada disuatu tahap iaitu tahap tumbesaran, dan kamu akan mempunyai satu sifat ingin tahu akan sesuatu perkara, tak kiralah ia baik atau buruk. Kamu akan sentiasa ingin tahu, namun ingatlah beberapa perkara. ALLAH memberikan akal dan hati pada kita atas sesuatu sebab.iaitu supaya kita tahu membezakan baik dan buruk serta balasan dan akibat dari setiap perkara yang akan kita lakukan.

*Apabila ibu bapa memberikan kita kepercayaan keatas sesuatu perkara  contohnya kepercayaan menjaga diri kamu sendiri, jangan sesekali kamu mengkhianati kepercayaan itu kerana ia adalah amanah terhadap kamu.

*Banyakkan bertanya pada ibu bapa, dan penjaga pada hal hal yang kamu musykil.Janganlah berdiam diri atau bertanya pada rakan sesama usia kamu. Ibu bapa dan penjaga serta guru guru disekolah kemungkinan lebih tahu akan perkara tersebut. Fikir sebelum melakukan sesuatu perkara, minta nasihat dan jangan malu bertanya pada mereka.

INSYALLAH ,hidup kamu akan sentiasa baik.

#TEKNOLOGI DAN PENGARUH SOSIAL

*Teknologi amat mempengaruhi kehidupan kita seharian, dari mentol lampu ke siaran televisyen , alat alat kegunaan rumah, pejabat serta kehadiran "HANDPHONE" dan "INTERNET" yang semakin canggih sejajar dengan perubahan zaman, bagus bukan. Namun sedarkah ada anasir anasir yang boleh saya katakan "SYAITAN TEKNOLOGI".

*Laman laman web yang kurang enak makin berleluasa di internet, hanya klik sahaja apa yang kamu ingin lihat. Maka muncullah senarai senarai  tajuk, dan klik lagi sekali, maka terpaparlah adegan kamar syaitan. Sebagai ibu bapa, kawallah anak anak kamu semasa menggunakan internet dan unutuk adik adik, lawat laman web yang sepatutnya, jangan yang bukan bukan. Jangan nakal nakal.

Penyebaran video sensor ke handphone mudah alih amat berleluasa, dan banyak kedai handphone yang memuat turun video sensor ini. Malah ia menjadi hiburan diantara anak anak muda dan dewasa. Pelbagai tajuk dan drama, dan yang paling sedih adalah anak anak belasan tahun banyak menjadi pelakon sukarela dan tanpa rela dalam video sensor ini. Ia amat memalukan. Kehadiran "SYAITAN TEKNOLOGI" sememangnya mendatangkan kesan pada aktiviti sosial di negara ini.

#SALAH SIAPA?

*Ini selalu menjadi isu, kenapa?
Si ibu dan bapa menyalahkan anak dan anak menyalahkan mereka, ada menyalahkan keadaan dan kawan kawan. Tapi satu sahaja, dah adik adik tahu benda yang kawan adik buat itu tak elok, kenapa ikut?

Sebenarnya setiap orang ada salah masing masing, Kenapa?
Hanya mereka dan ALLAH yang tahu.
Saya bukan seseorang yang sesuai untuk mengadili perkara ini.

**********************************************

Akhir kata jika ada yang terasa, sedar sedarlah diri,
Ini bukan peringatan untuk kamu semua sahaja ,ia juga untuk saya.

YANG IKHLAS

Sang Pujangga
_______________

Tajuk artikel: ASMARA SI ANAK KECIL
pENULIS: SANG PUJANGGA


WASSALAM....



DANAU RINDU

DANAU RINDU

Malam indah menemani aku,
Sendirian melayan perasaan  jiwa,
Memandang langit,
Yang penuh bintang.......

Indah sungguh ciptaan ALLAH,
Bintang bintang sering bercahaya,
Berkelipan berwarna warni,
Menyeri malam berteman bulan........

Bunyi cengkerik dan katak,
Kelip kelip terbang bercahaya,
Memecah sunyi di malam hari,
Temani aku di danau rindu........

Seikat kertas putih,
Dan pensel menjadi kebiasaan,
Untuk ku tulis puisi dan lagu,
Tercipta dari perasaan hati.......

Gitar kapok menjadi pasangan,
Bagi aku medendangkan lagu,
Untuk bulan dan bintang,
Serta mambang dan pari.......

Berani betul aku ini,
Berseorangan tanpa teman,
Sendirian berteman sunyi,
Namun  dah terbiasa agaknya......

Dalam sepi danau ini,
Ku dengar langkah si tapak kaki,
Senyuman terukir di wajah sepi,
Rupanya yang hadir kekasih hati......

Kini ku berteman,
Bersama si dia disisi aku,
Terima kasih YA ALLAH,
KAU temukan dia di danau rindu.....

Tajuk: DANAU RINDU
Penulis: SANG PUJANGGA

UKIRAN DI POHON KAYU

UKIRAN DI POHON KAYU

Ingatkah kau teman,
Pada pohon tua ini,
Dahulunya ia tempat persinggahan,
Kita bermain di waktu kecil.......

Dedaun pepohon pokok,
Meneduh suasana,
Ketika kau dan aku,
Bermain di bawahnya.......

Dulunya kau pernah berkata,
Kau sayang pada  ku,
Kita berjanji,
Dibawah pohon rendang.....

Kita ukirkan nama kita,
Pada pepohon kayu,
Tanda persahabatan kita,
Dan masa berlalu.....

Kita terpisah Kerana keadaan,
Kau pergi mengikut orang tua mu,
Namun ku redha,
Akan perpisahan ini......

Kini ku kembali ke pohon ini,
Ku tatap pada permukaan rekah,
pohon kayu itu,
Ternyata ia masih ada.....

Biarpun sudah bertahun,
Ku tak pernah lupa,
Janji kita teman ku,
Memori itu tak pernah luput......

Dan sekarang ku bahagia,
Kerana ukiran ini,
Mempertemukan kita kembali,
Dan menghangatkan kenangan lama......

Kau kini kasih ku,
Dan aku kasih mu,
Aku tunaikan janji ku,
Yang terukir di pohon kayu.......

Tajuk: UKIRAN DI POHON KAYU
Penulis: SANG PUJANGGA



SALAH MENYALAH,PENYELESAIAN

SALAH MENYALAH, PENYELESAIAN

ASSALAMUAILAIKUM.....

Sedikit renungan yang ingin saya kongsikan untuk sahabat sahabat saya disini, sebelum saya memulakan bicara saya, ingin sekali saya memohon maaf jika ada tersalah kata, sesungguhya diri ini tiada sempurna dan serba kekurangan.....

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

Wahai sahabat,

Dalam kehidupan yang penuh panca roba ini, mata kita selalu melihat pelbagai kesilapan yang dilakukan dari ramai orang dan juga diri sendiri, namun ada di antara kita sering menggunakan kata sendiri untuk mengadili dan menjatuhkan hukuman pada orang lain tanpa berfikir panjang......

Adakah ia betul, atau adakah ia salah, atau sebenarnya kita mengulangi kesilapan yang sama seprti beliau.....

Para sahabat sekalian, ingatlah:

Jangan sesekali kamu mengulangi kesilapan yang sama iaitu yang telah dilakukan oleh teman mahupun diri kita sendiri lakukan, cuba fikirkan, layakkah kita mengadili  mengadili kesalahan seseorang itu dengan menjatuhkan hukuman sesuka hati dan berlaku kejam kepada orang tersebut, ketahuilah sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segala galanya, biarlah ALLAH sahaja yang mengadili segala galanya sebaik baiknya.....

Namun jika kita melihat ada para sahabat kita, saudara seislam dalam keadaan tidak baik, dan diperlakukan kurang sopan dan biadap, takkan kita sanggup memejam mata menutup telinga dari membantu mereka, pertahankanlah dia jika dia di pihak yang benar dan nasihatkan dia jika dia di pihak yang salah.....

Cuba kita fikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut, cuba gunakan cara yang lembut untuk berbincang dan cara yang rasional selaras dengan agama islam untuk perkara tersebut, pendek kata kaunseling.....

Namun jika situasi itu amat parah, rasanya baik kita menggunakan cara kekerasan setelah tiada lagi pilihan lain, ini mungkin kerana beliau atau mereka tidak mahu mengendahkan kata dan nasihat kita.....

Ketahuilah ALLAH menjadikan manusia itu bukan untuk perkara yang sia sia, melainkan tidak lain tidak bukan untuk menyembah dan beribadah kepadaNYA.....

Lantas ALLAH menyempurnakan kita dengan jasad, akal , dan hati kedalam diri manusia, untuk apa?

Supaya mereka berfikir dan memahami perasaan antara satu sama lain, dan mempermudahkan kegiatan dan amalan dalam hidup mereka, bukan sebagai alat untuk meperlakukan perkara yang buruk kepada orang lain atau diri sendiri....

Yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kita sendiri, sesungguhnya manuisa tidak lari dari melakukan kesilapan walau sekecil kecil sehingga sebesar besar kesilapan itu....

Akhir kata, janganlah kita manusia mengadili seseorang yang melakukan kesilapan itu sesuka hati,  jangan membabi buta, selidik dulu satu persatu sebelum menjatuhkan hukuman, dan kenapa dia melakukan kesalahan tersebut, yang salah tetap salah, dan salahnya pasti dibalas dengan balasan yang setimpal, namun jika ada penyelesaian yang lebih baik dari bertengkar daan bergaduh, ia lebih bagus bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini......

Jadikan jasad dan akal sebagai perisai,
Ilmu dan agama sebagai panduan,
Insyallah setiap perkara akan bermula,
Dengan baik dan berakhir dengan baik.....

Selagi lagi saya memohon maaf jika kata kata saya ada menyinggung perasaan....

WASSALAM

Yang ikhlas

SANG PUJANGGA
___________________



AWAL DAN AKHIR SI ANAK DEGIL

AWAL DAN AKHIR SI ANAK DEGIL

Awalnya azan dilaungkan,
Di telinga ku,
Bermaksud lahirlah aku,
Anugerah ALLAH kepada ibubapa ku.....

Sungguh kecil diri ini,
Ibu selalu dodoikan aku,
Dan menjaga aku sebaiknya,
Tak sedetik pun lari pandangannya.....

Perlahan lahan aku membesar,
Aku mula merangkak,
Mencapai mainan,
Dan nestum makanan ku.....

Perkataan permulaan ku,
"MA" "YA" sebutan pertama ku,
Panggilan untuk ibu bapa ku,
Menandakan aku sudah boleh berkata.....

Dari merangkak empat kaki,
Aku mula bangun berdiri,
melangkah perlahan lahan,
Dipimpin ibu dan bapa ku......

Masa berlalu begitu pantas,
Aku mula mengenal dunia luar,
Tadikalah permulaannya,
Ramai yang sebaya ku di sini.......

Aku memang nakal,
Cikgu selalu marah aku,
Aku degil tapi baik,
Ibu selalu menunggu ku pulang......

Dia seorang suri rumah,
Selalu mengajar ku,
Kerja sekolah dan mengaji,
Kalau buat salah kena marah.....

Dari tadika ke sekolah rendah,
Aku mula ke sekolah menengah,
Ibu kata ilmu itu penting,
Nanti senang di kemudian hari.....

Balik sekolah sahaja,
Pasti ada makanan terhidang,
Pesan bapa "makan dulu, pastue solat",
Begitulah harian ku.....

Dulu aku selalu dimanjakan,
Sekarang dah besar,
Jadi selalu kena rotan,
Sebab aku degil suka buat salah....

Masa terus berlalu,
Keputusan SPM keluar,
Dah tiba masanya,
Aku berjauhan dengan mereka.....

Ibubapa tumpang gembira,
Lihat aku sambung belajar,
Anak yang degil ini,
Dah selangkah menuju kejayaan.....

Pesan ibu"jangan tinggal solat",
Pesan bapa"belajar elok elok".
Ibu tak biasa jauh dengan aku,'
Linangan air mata mengiringi pemergian ku....

Susah juga hidup berdikari,
Sambil belajar ambil kerja sambilan,
Tampung belajar di IPT,
Ibubapa bukan orang senang.....

Belajar dan belajar,
Akhirnya aku menamatkan pengajian,
Mereka yang paling gembira,
Seronok tengok anak degil dapat ijazah......

Akhirnya kini semuanya bertukar,
Aku pula menjaga mereka,
Biarpun tak sehebat ibubapa,
Yang melayan kerenah anak degil ini.....

Dalam nada perlahan,
Ibu berkata pada ku,
"Bila nak kawen".
Aku tergelak seketika" mak faham perangai ku.....

Degil sangat,
Tak mahu dengar kata,
Tapi sayangkan mereka,
dari AWAL hingga AKHIR anak DEGIL ini......

Tajuk: AWAL AKHIR SI ANAK DEGIL
Penulis: SANG PUJANGGA

DUA DUA SALAH,SEDARLAH MANUSIA



Ayat pertama,
Nafsu lelaki adalah wanita,
Ketahuilah puncanya,
Siapa pihak ketiga......

Jangan salahkan wanita,
Siapa pereka fesyen,
Ada yang kata duit boleh beli dunia,
Boleh beli maruah manusia.......

Kenapa boleh jadi macam ini,
Dua dua salah,
Senang cerita,
Namun bila fikirkan.......

Masalah ini besarkan,
Cuma manusia yang lalai,
Khayal dan terus khayal,

Kenapa,
Syaitan itu kreatif,
Tak perasan,
Wanita sedang dieksplotasi,
Imej di akhbar,
Iklan di tv.......

Nak untung kata kan,
Aku tak kata salah wanita,
Jika boleh berfikir waras,
Si wanita tak ikut lelaki,
Dan si lelaki tak jadi buaya.......

Fikirkan sama sama,
Aku tak menggalakkan,
Bahan bacaan dah banyak,
Dalam yang baik ada sensor,
Niat dah baik,
Namun caranya tak sebaik yang disangka..........

Aku suka tengok,
Tengok apa,
Tengok wanita menjaga kehormatan diri,
Sejuk mata memandang,
Namun selalu ada yang silap,
Pandang dengan mata hati bukan nafsu..........

Kalau tak ada virus,
Komputer takkan fail operation,
Begitulah dunia,
Pakai anti virus banyak banyak,
Tapi lalai,
Tak guna sama saja,
Bagi yang beringat,
Bertindak..........

Aku cakap sahaja,
terpulang pada kamu semua,
Nak dengar atau tak,
Kita sama sama salah,
Tak guna menyalah sesapa........

Kasihan diri sendiri,
Dari kasihankan orang dulu,

Sesal dulu pendapatan,
Sesal sekarang tak guna lagi,

SEDARLAH MANUSIA

Tajuk: DUA DUA SALAH, SEDARLAH MANUSIA
Penulis: SANG PUJANGGA GELAP


LUKISAN PELANGI

LUKISAN PELANGI


Hujan masih belum reda,
Dan aku duduk di bangku,
Memandang ke hala tingkap,
Titis titis air menari nari di cermin.......

Sekejap lagi hujan pasti berhenti,
Aku masih memandang,
Aliran air di bingkai cermin,
Ia seperti mengajuk akan diri ku.......

Cahaya mula memancar,
Ke tanah dan dedaun bumi,
Gerimis halus beralun lembut
Di permukaan udara di sekitar desa.......

Tanda hujan sudah berhenti,
Ku buka pintu rumah,
Melangkah ke luar,
menjejakkan kaki ke atas rumput.......

Ku lihat ke arah bukit,
Sang kabus masih tebal,
Dan sesuatu yang indah,
Mula muncul dibalik kabus........

Warna warna cantik,
Jalur tujuh tersusun rapi,
Bagai sebuah jambatan,
Yang merentasi langit biru........

Ku renung ke arahnya,
Dan amati setiap sudut,
Indah sungguh ciptaan ALLAH,
Tak terjangkau di akal ini......

Wahai sang pelangi,
Ternyata kau indah,
Terukir di permukaan udara,
Seperti sebuah lukisan seni.......

Tajuk: LUKISAN PELANGI

Penulis: SANG PUJANGGA







FAHAMILAH,DENGARILAH....OH INSANI

FAHAMILAH, DENGARILAH.......OH INSANI


Fahamilah.....
Dengarilah.....
fahamilah oh insani.....

Dunia berputar bagaikan roda,
Insan tenggelam dengan asmara,
Penuhnya onak dan duri dunia,
Sering menyesat para manusia......

Sedarlah kasih akan segala,
Jangan kau hanyut dalam pujukan.....

Syaitan bertopeng akan manusia,
Sering memesong akal dan jiwa.....

Fahamilah.....
Dengarilah.....
Fahamilah oh insani.......

Renungilah.....
Sedarilah......
Jangan terus kau bermimpi......

Kancah perjalanan amatlah sukar,
Jangan kau lena dalam dakapan,
Lansung terjunam dalam gelora,
Lantas tersepit dalamlah duka.....

Insaflah insan,
Sebelum terlambat,
Sebelum seksa membelai diri,
Sebelum mati menyambut pergi.....

Fahamilah......
Dengarilah......
Fahamilah oh insani......

Renungilah.....
Sedarilah.....
Jangan terus kau bermimpi......

fahamilah......
Sedarilah......
Fahamilah oh insani......

Ingat ALLAH,
Cinta ALLAH,
Sayang ALLAH.........

lirik lagu: FAHAMILAH, SEDARILAH ...OH INSANI

penulis: SANG PUJANGGA





MERPATI KU

MERPATI KU

Hari seperti biasa,
Sang merpati selalu singgah,
Di sebelah ku menemani diri,
Bila masanya tiba kau balik ke sarang......

Selalu bermain dan terbang,
Dan hinggap di persekitaran ku,
Kekadang kau cukup jinak,
Dan kekadang kau cukup kasar......

Bersama ku melihat mu,
Terbang bebas di angkasa,
mencapai kemahuannya,
dari bawah hingga ke atas langit......

Dan masa berlalu,
Merpati ku jarang sekali muncul,
Namun kau tak pernah lupa,
Menyampai khabar berita.......

Setiap yang datang,
Pasti pergi jua,
Tiada yang kekal,
Tetap di sisi sang insani.......

Sekarang kau terbanglah,
setinggi mungkin kelangit biru,
Sejauh mana yang kau mampu,
Sesungguhnya ku tahu itu impian mu.......

Ingin ku tahan pemergian mu,
Dan biarkan kau di sangkar ku,
Namun tiada daya ku,
Untuk melakukannya untuk keinginan ku.......

Pergilah terbang merpati ku,
Suatu hari kau kan pulang, 
Ke sisi ku setelah penat,
Dan pasti kita kan bersama kembali......

Tajuk: MERPATI KU
Penulis: SANG PUJANGGA



PESAN KU PADA MU

PESAN AKU PADA MU


Pabila kau buka surat ini,
Ketahuilah kasih ku,
Inilah luahan hati dari insani,
Sang pujangga yang menyintai mu......

Mungkin bagi ia biasa sahaja,
Hanya sekeping ucapan,
Dari insan yang sering di sisi mu,
Mewarnai hidup mu setiap masa.....

Ini pesan ku pada mu,
Dengarlah sayang sedalamnya,
Agar kau mengerti,
Sebab pemergian ku ini......

Percayalah sayang,
Aku pergi bukan untuk sia sia,
Aku pergi untuk urusan ku,
Impian dan kewajiban ku sebagai lelaki,

Biarpun aku selalu jauh,
Dari mata kasar mu,
Namun percayalah kasih,
Kau serring dekat di mata hati ku.......

Sesungguhnya aku rindu,
Akan senyum tawa dan nakal mu,
Mahu sahaja ku terbang,
Mendakap erat kasih ku........

Namun kewajiban ku lebih penting,
Jangan kau bimbang akan aku,
Aku akan sentiasa sejahtera,
Selagi kau sejahtera di sana......

Doakan ku sayang,
Agar selamat akan perjalanan ku,
Sepanjang pemergian dan sekembalinya,
Aku dari perjuangan ini......

Namun ku risau akan kamu,
Mampukah kau menjaga diri mu,
Kehormatan dan juga cinta mu,
Kepada ku yang jauh di mata......

Ku tahu banyak mata memandang,
Dan ada jarum,
Yang sering mencucuk hati mu,
Dengan perkhabaran kurang baik.......

Namun percayalah aku sayang,
Aku setia dan cukup setia,
Sabarlah sayang ku,
Aku akan pulang ke sisi mu......

Dan ketika itu percayalah,
Aku pulang dengan kemenangan,
Dan impian kita yang tertunda,
Dimasa itu ku kan bina mahligai cinta kita.........

PESAN AKU KEPADA MU


penulis: SANG PUJANGGA



BEBAS SELAMANYA

BEBAS SELAMANYA


Diri ini telah lama terantai,
Dengan kekusutan dunia,
Dan beribu perasaan insani,
Yang sering berlalu di haluan ku......

Ingin ku pecahkan rantai ini,
Beratnya begitu terasa,
Hingga boleh melemahkan,
Jasad dan rohani ku......

Kenapa perlu aku,
Merasa akan apa yang ada,
Kepalsuan dan kebenaran,
Yang sering singgah di hati ini......

Mungkin salah ku,
Kerana terbiasa akan dunia,
Hakiki bukannya mimpi,
Yang selalu indah bak angan.....

Sekali ku melangkah,
Tiada undur bagi diri,
Pabila pintu di buka,
Kebenaran kan terlihat.....

Namun bayarannya setimpal,
Dengan kesakitan dan dugaan,
Yang ku tempuhi dan rasai,
Namun aku puas kerna itu kemahuan ku......

Kekadang ku rasa bising,
Aku nak tutup telinga ini,
Dan lari dari kekecohan,
Lantas ku menyendiri sepi.......

Ku capai kertas,
Dan sebatang pensel,
Ku tuliskan apa ku lihat,
Di atas kertas putih......

Setelah itu ku duduk,
Terpaku di dinding,
Tenang betul perasaan ini,
Semua sudah ku lepaskan......

Alangkah baiknya,
Ku menjadi burung,
Boleh bebas terbang,
Tinggi di angkasa raya......

Namun hakikinya tidak,
Aku tetap aku,
aku terima kelebihan ini sebaiknya,
Ku kan gunakannya bila perlu......

Terima kasih YA ALLAH,
Mungkin ada hikmah,
Di sebalik apa yang terjadi,
Tugas ku hanya melalui jalanNYA......

Berada di jalan yang lurus,
Yang di redhai ALLAH,
Dan teruskan hidup ku sebaiknya,
Suatu hari nanti ku kan bebas juga.....

Dan ia untuk selamanya......

tajuk: BEBAS SELAMANYA
penulis: SANG PUJANGGA

KATA AKU PADA CINTA

KATA AKU PADA CINTA


Kata aku pada cinta,
Luar biasa,
Ada erti, ada rasa,
Sama tak serupa......

Pandangan ku pada cinta,
Hakiki dunia,
Cinta sejati hanya pada yang maha ESA......

Satu cinta istimewa,
Amat berbeza,
Kau hadir dalam hati,
Bukannya nafsu ku.......

Pandangan ku bukan rupawan dunia,
Tapi hati mu,
Cinta mekar berbunga,
seikhlas hati mu........

Cinta aku..berbeza,
Tidaklah sama,
Cinta insan di dunia,
Tak indah setiap masa,
Ada suka ada duka,
Bahagia, nestapa..........

Namun aku perlu cinta,
isi kosong jiwa,
Ku melangkah cari kamu,
Bagai pujangga.........

Pandangan ku bukan rupawan dunia,
Tapi hati mu,
Cinta mekar berbunga,
Seikhlas hati mu......

Kata aku pada cinta,
sejujur nyawa,
Biarkan ku sentuh cinta,
Cinta di dunia.....

Pasti aku kan berjumpa,
Akan cinta ku,
Harap cinta sampai syurga,
Dan selamanya........

lirik lagu: KATA AKU PADA CINTA
penulis: SANG PUJANGGA





LANGKAH

LANGKAH


Langkah aku yang pertama,
Mengenal dunia,
Cita cita dan impian,
Setapak di hadapan......

Langkah aku tidak laju,
Tak perlahan juga,
Namun aku harus tenang,
Menyusun jejak.....

Namun aku ingin gapai angkasa,
semahu aku,
Berlari dengan bebas ke langit biru.....

Hidup aku nampak sama,Tapi berbeza,
Pandangan ku bukan biasa,Sedalam jiwa......

Laluan ku di jalanan,
Sering tercari,
Aku cari kebenaran,
Di sebalik pintu.......

Ibu kota, hutan batu,
Penuh manusia,
Mereka semua nampak sama ,
namun berbeza......

Pelbagai ragam perasaan,
Di seri muka,
Ada duka, ada suka,
Dan juga cinta,
Ada palsu ada benar,
Tak semudah disangka.....

Namun aku ingin gapai angkasa,
Semahu aku,
Berlari dengan bebas ke langit biru.......

Melangkah aku,
Terus menuju,
Destinasi ku.........

lirik lagu- LANGKAH
penulis: SANG PUJANGGA




SEDANGKAN KITA DISINI.....MEREKA DISANA.....

Putera katak berkata:

Kita kenyang,
Mereka lapar,
Kita lena,
Mereka berjaga,
Kita senyum,
Mereka menangis,
Kita bahagia,
Mereka derita......

Kita gembira dengan tawa dan gurau,
Namun mereka hanya mampu bersedih dengan air mata......

Sedang ku lena diulik mimpi,
Mereka berjaga setiap masa,
Ku tidur bertemankan selimut dan tilam,
Mereka bertemankan senapang dan peluru.......

Sedang aku kenyang menjamu selera,
Ada di antara mereka yang kebuluran,
Sedang aku sihat sejahtera,
Ada diantara mereka yang terus kesakitan.......

Sedang aku tersenyum dengan gurauan dunia,
Mereka hanya mampu tersenyum menahan sebak,
Sedang aku bersenang lenang di atas dunia,
Mereka bersusah payah melindungi nyawa mereka.........

Sedang aku bahagia,
Dengan insan yang ku cinta,
Mereka hanya mampu menatap,
Pemergian orang tersayang.........

Apakah erti bahagia jika ada insan terus derita diluar sana,
Apakah yang mereka mimpikan sekarang,
Adakah kita memikirkan akan nasib mereka,
Adakah kita berdoa untuk mereka........

Wahai insan seagama dengan ku,
Ku memohon pada mu,
Marilah kita mengangkat tangan,
Dan hulurkan sekeping doa bagi kesejahteraan mereka......

Yang ikhlas
PUTERA KATAK

CINTA SI PUTERA KATAK

CINTA SI PUTERA KATAK

 
Putera katak berkata

Cinta bukan barangan mahupun alat,
Tapi perasaan suci,
Dalam lubuk hati,
Yang diturunkan oleh ALLAH,
Kepada setiap insan di dunia.....

Cinta datang tanpa sedar,
Cinta juga pergi tanpa suara,
Cinta dunia cinta sementara,
Cinta hakiki pada yang ESA......

Cinta tiada ukurannya,
Namun ada batasannya,
Cinta itu keinginan,
Namun landasannya yang membezakan.....

Cinta bukan matlamat,
Namun cinta itu harapan,
Harapan untuk setiap insan,
Merasai kasih di dunia ini......

Cinta itu wujud,
Untuk mengisi kekosongan,
Yang ada di dalam jiwa,
Cinta itu penyatuan,
Antara adam dan hawa.....

Cintailah diri kamu,
Dan cintailah insan di sisi kamu,
Hargailah cinta selagi ada,
Jika kamu kehilangan cinta,
Percayalah ia cukup sengsara.......

Cinta itu mudah,
Tapi payah,
Dugaan cinta bukan sebarang,
Namun itu mendewasakan cinta kita......

Aku inginkan cinta,
Aku tak mahu cinta ku berhenti,
Di titik mati
,Biar selamanya sampai syurga.......

Yang ikhlas

PUTERA KATAK

TIDURLAH SAYANG,LELAPKAN MATA

TIDURLAH SAYANG, LELAPKAN MATA

Hendak gugur, gugurlah nangka,
Jangan menimpa ranting pauh,
Hendak tidur, tdurlah mata,
Biarkan mimpi indah berlabuh....

Purnama bulan,terpancar cahaya,
Pancarnya ia pada batu,
Tidurlah sayang ,tidur lena,
Kan ku nyanyikan sebuah lagu....

Dari besi, ku jadikan pisau,
Ku ukir burung dari kayu,
Usahlah gusar,usahlah risau,
Aku di sini ada bersama mu.....

Bunga kemboja harum baunya,
Bau semerbak wangian dara,
Lelaplah mata,rehatkan jiwa,
Nanti subuh bangkit semula......

Bagai manis, semanis susu,
Manis terasa, semanis senyuman,
Mimpikan aku dalam tidur mu,
Biar pagi mu penuh senyuman....

Malam indah penuh bintang,
Mentari subuh menyambut pagi,
Tidurlah sayang,malam menjelang,
Mentari munculkan diri, bukakan mata itu kembali....

TAJUK: TIDURLAH SAYANG,LELAPKAN MATA
PENULIS: SANG PUJANGGA


AKUSTIK JIWA

AKUSTIK JIWA 


Aku cerita,
cerita oh tentang jiwa,
jiwa yang sering,
sering bertanda tanya......

Aku berjalan,
jalan di tepi kota,
Aku mencari,
identiti oh jiwa......

Jiwa yang sering mahu bebas segala.....
Inginkan jawapan serta kebenaran cinta......

Akustik  di jiwa aku,
Bernyanyi penuh,
penuh dengan emosi......

Ada pelbagai cerita, propaganda dunia.....
Sering merosak akan jiwa manusia.....

ooooh...oooohhhh

Akustik di jiwa ku,
Mencari erti,
Kenyataan , perubahan masa........

Nafsu serakah dunia,
Duit harta berjuta,
Hargai diri terjual,
Cinta nafsu di mata......

aaahhhhh.....aaahhhhhh....

Realiti dunia,
Sengsara jiwa,
Anak kecil terbuang,
Duit berjuta,
Masuk di bawah meja,
Maruah manusia bagai satu sen saja.....


ooooooohhhhh..... ooohhhh......

Inikah oh dunia,
Dengarlah cerita,
Akustik oh di jiwa.........

Sedar manusia,
Bersihkanlah jiwa mu,
Jangan oh nanti,
Sesal penuh sengsara.....

Aku di sini menyata rasa jiwa,
Yang kian sakit melihat permainan mu.......

aaahhhh....aaahhhhh.....

Akusitik di jiwa ku,
Hanya mahu cerita,
Cerita dunia akhir zaman manusia.........

aaahhhh.....aaaahhhhh......

Akustik di jiwa ku........



Lirik lagu: AKUSTIK JIWA
Penulis: PUTERA KATAK
Muzik: PUTERA KATAK

ASAL USUL PUTERA KATAK



ASAL USUL SI PUTERA KATAK

Banyak yang mengenali aku dengan nama HASRUL NIZAM,
mahupun SANG PUJANGGA,
Sememangnya nama tersebut sudah menjadi timangan aku sebagai seorang penulis,
Namun satu nama timangan baru muncul,
Dan ianya adalah PUTERA KATAK atau pun "prince frog".
Mungkin ada yang tertanya kenapa KATAK,
KATAK adalah sejenis reptelia yang boleh hidup di darat dan di air,
Kenapa agaknya, ia bukan satu kebetulan,
Sesungguhnya ada cerita di sebalik nama timangan PUTERA KATAK,
Percaya atau tidak,
Cerita ini benar terjadi dan masih terjadi pada insan bergelar puitis........

Di sinilah ceritanya bermula.....

Pada tahun 1987 iaitu pada pukul 8:45 pagi bertarikh 1 hari bulan april, seorang bayi lelaki telah dilahirkan di sebuah rumah papan berdekatan tebing sungai pahang di sebuah kampung bernama purun.

Bayi tersebut merupakan anak sulung bagi pasangan suami isteri iaitu MORNY dan BONGSU.

Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa kerana perkara yang aneh bakal berlaku, selepas bayi itu dilahirkan, Bayi tersebut di ambil bidan dan dimandikan dengan minyak.

Bayi itu dikatakan kembar darah, yang bersifat degil dan nakal, maka bayi itu dimandikan dan tanpa diduga seekor katak kecil telah masuk ke dalam minyak yang disediakan, maka mandilah bayi tersebut bersama seekor katak kecil didalam besen berisi minyak tersebut.

Bayi itu  di azankan dan diberi nama MOHD HASRUL HIZAM.

Masa berlalu dan bayi itu menjadi seorang kanak kanak degil namun baik, kanak kanak tersebut merupakan cucu kesayangan bagi datuk dan neneknya, hidup kanak kanak ini di penuhi komik ,kartun ,dan ayam.

Kartun yang dianggap pertama dan juga inspirasi sampai kini ialah SATRIA BAJA HITAM, perwira bertopeng dengan motosikalnya HOPPER.

Salah satu sifat kanak kanak ini ialah duduk menyilang sama seperti katak, menurut emaknya, ia mungkin badi atau ikutan katak. ini kerana setiap kali duduk, dia akan menyilangkan kaki bagaikan seekor katak, itulah kenyataannya sampai sekarang, dia juga amat suka melihat dan memegang katak. ia seperti katak katak adalah kawan bagi kanak kanak tersebut.....

Masa terus berlalu dan kanak kanak tersebut menjadi seorang insan, namun sifat katak itu masih berada di dalam dirinya.

Dan dari cerita inilah asal usul nama timangan PUTERA KATAK.

Pelik bukan, tapi inilah kebenarannya, jarang perkara yang berlaku secara kebetulan.......

YANG IKHLAS
PUTERA KATAK
----------------------

HADIR MU DI SISI

HADIR MU DI SISI 

Dalam leka ku,
Ku asyik merenung kedua mata mu,
Tatkala senyum terukir,
Ia sudah cukup menyenangkan.....

Wajah mu biasa seperti yang lain,
Namun perilaku mu cukup berbeza,
Diri mu cukup indah,
Seindah potret sempurna......

Ku renung setiap pandangan mu,
Dan ku akur akan rasa di hati ku,
Rasa hangat dan indah,
Seperti usapan cinta dari jiwa.....

Gelak tawa mu sering kedengaran,
Sering menemani diri yang sunyi,
Hadir mu tak ku pinta,
Ternyata hadir mu membahagiakan ku.....

Bagi ku kasih ini,
Tak pernah berhenti,
Bagaikan sungai mengalir pergi,
Dan biarlah diri mu terus berada disini.......

Menemani setiap saat ku,
Berkongsi setiap cerita mu,
Dan terus di sisi setiap waktu,
Sehingga syurga  ku bersama mu......

tajuk: HADIR MU DI SISI
penulis: SANG PUJANGGA
ilham: HANNIE SI SIPUT IMUT

CANTIK

CANTIK


Jika cantik parasnya,
Cantikkah juga dalamannya,
Jika cantik dalamnya,
Kenapa pula didedahkan kecantikanya....

Jika cantik hatinya,
Nescaya akan ada sinar pada wajahnya,
Jika cantik perilakunya,
Nescaya sejuk segala persekitaran dirinya....

Jika cantik amalannya,
Maka cantiklah seri hidupnya,
Jika cantik adab sopannya,
Maka sifat malu itu ada pada cantiknya.....

Jika cantik rupawannya,
Haruskah aurat didedah seperti bunga,
Jika cantik tertutup sempurna,
Haruslah terjaga akan kehormatannya.......

Jika cantik hanya luarannya,
Percayalah ia hanya pada mata nafsu manusia.
Jika cantik hati dan jiwanya,
Percayalah kecantikan itu menerusi mata hati manusia......

Jika cantik di pandangan manusia,
Pastikah cantik di pandangan DIA,
Jika cantik pada pandangan DIA,
Pasti cantik akan dikasihi selamanya......

Tajuk: CANTIK

Penulis: PUTERA KATAK



MATAHARI SENJA

MATAHARI SENJA

Sayup angin menyambut aku,
Udara pantai ku hirup segar sekali,
Pasir pantai menemani jejak ku,
Batuan dan ombak menemani sunyi.......

Kelihatannya langit berwarna perang,
Dan awan beralun seperti lautan,
Ku susun langkah ku satu persatu,
Agar tak tertusuk serpihan cengkerang......

Jejak ku semakin jauh,
Ku berpaling ke belakang,
Dan jejak itu terpadam perlahan,
Pabila ombak bertemu pantai......

Sampai di satu destinasi,
Ku aturkan duduk ku,
Di atas sebuah batu besar,
Mata ku masih memandang ke langit......

Matahari seperti melambai pada ku,
Nyata yang ia ingin mengundur diri,
Perlahan lahan matahari tenggelam,
di balik himpunan awan awan.......

Ku amati setiap detik perpisahan,
Agar ku tak alpa akan kenangan,
Pergilah matahari ku beradu,
Hari sudah mulai senja dan gelap.....

Langit perang mula pudar,
Di selubungi gelap petanda malam,
Dan bulan menggantikan matahari,
Menyuluh cahaya pada yang gelap.....

Dan tiba untuk ku beransur pergi,
Tanda malam mengunjung tiba,
Esok ku kan ke sini lagi,
Ke tepian pantai menatap matahari senja.......

tajuk: MATAHARI SENJA
penulis: SANG PUJANGGA